assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

OWNER







Assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi jenguk bahagian ini. Bukan apa aku orang yang biasa biasa sahaja, tetapi disebabkan ini blog aku. Nak la jugak aku perkenalkan kan diri,ye dak?

Nama yang telah diberi Aziah Binti Rosli. Dilahirkan tahun 1991 , Aku tubuhkan blog pada asalnya pada tahun 2010, tetapi blog yang pertama aku bikin tu telah aku delete sebabnya aku tak puas hati dengan cara penulisan aku yang tidak mendatangkan faedah walaupun sekelumit. heheh

aku bukan mengutuk tetapi bila di ingat balik aku rasa menyesal pulak delete blog yang pertama , Aku teruskan buat blog ini dengan semangat yang berkobar-kobar tanpa jemu. Aku gila design walaupun aku seringkali sahaja fail dalam design blog yang sama.coding mengoding ni memang aku tak terer tapi aku suka. Bila dekat U aku suka usha budak FIT sebabnya aku suka apa yang mereka belajar tu, best II subjeknya. Tapi dah ketentuan aku dapat FSGK yang memang kena dengan jiwa aku mungkin, aku redha jela.

Daripada kecil sehingga sekarang apabila masuk bab sekolah menyekolah, aku bukanlah di kategorikan dalam kalangan pelajar cemerlang, tetapi aku bersyukur sangat sepanjang aku belajar ini aku dikelilingi orang yang pandai, bak kate pepatah ke ape ni kan, "KALAU KITA BERKAWAN DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI KITA AKAN WANGI,dan sebaliknya lah" Eh,aku bukan memilih,aku kawan semua lapisan. Disebabkan aku yang kurang bijak ni kenalah berdampingan dengan orang bijak, sekurang-kurangnya dapatlah memperbaiki kekurangan dalam menghadapi kesukaran belajar,ye dak?

Aku orang MELAKA .  memang melaka lah, dari awal persekolahan samapi form 6 aku kat melaka jugak, cuma bila dah masuk gerbang aku tukar destinasi, aku ke Sarawak untuk 3tahun ni. Semoga tiada apa yang menghalang untuk aku dapat segulung ijazah nanti.

Aku bercita-cita nak jadi  ceramic artist . 

Aku sembang dengan orang yang bukan seni atau orang terdekat dengan aku mesti pelik dengan cita-cita aku, soalan-soalan pelik yang pada aku sudah menganggap soalan tu normal/selalu aku hanya senyum bila dilontarkan soalan begini.

- apa kau nak buat nanti?
-peluang pekerjaan tu nanti macam mana?
-dan sekitar2 itu jugak pertanyaannya...

Bagi aku tentang dunia ni kita hanya merancang dan menjadi perancang untuk rancangan kita TETAPI selebihnya kita hanya redha denganapa yang bakal kita tempuh nanti kerana DIA adalah perancang yang hebat untuk kita.

eh...adakah ini sesuai untuk dicerita pada halaman ini?haha...macam nak buat isi penting untuk karangan pulak rasanya.

Tapi sekarang aku dah tukar kerjaya as a entrepreneur pulak. nanti aku cerita lagi.


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI