assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

26 Disember 2015

Praktikal-Muzium dan Balai Seni Pulau Pinang

Tiga bulan berpraktikal di Muzium dan Bali Seni Pulau Pinang ni memanglah tersangat untung dan tidak mengecewakan. Sebab apa? Dari A sampai Z boleh belajar selok belok Muzium tau. Macam mana nak urus exhibition, gantung artwork, balot artwork.

Wah, rindu betul gamaknya.

Bagi sesiapa yang berhasrat nak berpraktikal kat sini digalakkan, sebabnya dapat elaun jugak tau. Tempat solat sebelah je. Tak payah risau

Makanan pulak toksah cakaplah memang terliur je tekak, Jalan jalan best, banyak tempat yang engkorang boleh explore.

Dinasihatkan sangat menaiki public transport. Bukan apa bila ditempat orang ni kita perlu lebih banyak belajar Berdikari, tengok gelagat masyarakat khususnya.




Kalau bab exhibition ni memang everytime ada je, jadinya macam macam artwork ko boleh tengok dan judge ikot lavel pengetahuan art kau. Dan setiap tahun ada buat pertandingan seni lukis terbuka. Hadiah menarik beb.

So, kalau nak tahu lebih pasal jadi intern kat Penang ni boleh tanya akak.hehe



iBALQIS-Handmade With Heart



Owner, sebelah kiri 

Jom Usha Ibalqis 



dah tembus pasaran China tau. ehem ehem...apa lagi tunggu tu. Kalau rasa nak mengunyeh-ngunyeh boleh lah dapatkan Ibalqis k.

Motivasi- Dr Azizan Osman

style aku, kalau pagi-pagi gini nak dapatkan semangat yang luar biasa baik buat sesuatu yang boleh mendatangkan semangat tu.

antaranya:

  • dengar motivasi pagi dari orang yang dah berjaya, tak kira dalam apa jua bidang
  • baca buku yang berunsur kerohanian,yang dapat membawa ko pulang ke pangkal jalan,insyaAllah akan  tenang lepas tu
Pagi ni aku dengar Dr Azizan punya facebook live tentang persedian untuk hadapi 2016.



kate beliau kita kena nilaikan balik apa yang berlaku pada tahun 2015 ni.

1. Kebahagian

macam mana tahap bahagia kita pade tahun 2015 ni, adakah kita dah berpuas hati?

2. Kewangan
3. Perhubungan 
4. Komitmen sumbangan
5. Memberi manfaat?
6.Memberi inspirasi ke tak
7. Matlamat 2015 tercapai?
8.Kerohanian
9. Masa kita

kalau nak dengar boleh klik gambar kat atas tu ye.

Jom kita perbaiki mana yang kurang pada tahun 2015 ni agar 2016 ni kita boleh menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain tak kira dalam bidang apa pun yang kita ceburi. InsyaAllah.

25 Disember 2015

PHOTOG 1: Aame Works

Dalam dunia ni awak kenal berapa orang photog yang berbakat? ha? ha? cepat lagi disenaraikannya ye.

Setiap orang mempunyai pilihan photog memasing. Betul tak? Okay hari ni aku akan memperkenalkan photog start-up yang jika diberi peluang untuk berkhidmat untuk engkorang. Gerenti puas hati.

Soon, aku akan update hasil kerja beliau ye.



BERJAYA 1 : Felinna Nadea Ed Fattah

Hari ni 25 dis dah rupanya,

dalam beberapa hari ini aku menghabiskan masa dengan membuat research tentang orang dah berjaya. Mustahil dalam hati kau tak terasa apa apa kejealousan kan? heheh, tapi ambil semangat cemburu tu sebagai suatu inspirasi untuk terus bangkit dan berjaya.

Aku duduk tertanya-tanya jugak ialah sebabnya aku ni dengan blog boleh dikatakan agak lama jgak, since 2009 tapi dah berapa banyak kali aku renovate url dan rupa blog ni, post-post banyak yang aku dah delete. Viewer pon baru semuanya. 2016 dah nak menjengah tu, usia pon dah semakin meningkat bukan berkurang, Perangai masih tak balance. eh, macam mana tu?

Semakin hari semakin ramai yang berjaya, kewujudan internet hari ini memang memainkan peranan yang penting kerana semua maklumat kini dihujung jari je. Tujuan entri ni nak kongsi dengan engkorang Usahawan yang aku dok follow.



(klik)

6 Dis yang lepas aku attend majlis ilmu diorang dekat Kolej Ungku Omar UKM,Bangi

Tajuk : Bisnes Cara Kami

Pengisian yang penuh dengan mesej yang pengalaman depa mengharungi onak & duri kehidupan seorang usahawan . Jatuh bangun, jatuh bangun .

yang atas tu buku depa yang aku rasa boleh bagi 5 star. Apa yang diorang cakap masa seminar tu lebih kurang sama dalam buku tu, Jadinya bila baca dapat membayangkan dan dapat masuk atau meresap dengan lebih pantas gitu.
Meh aku share sikit input yang ada dalam buku BISNES CARA KAMI.

BELAJAR DARI BAWAH.

sebelum memulakan perniagaan kita mesti mempunyai ilmu.

ni copy paste dalam page 164.

Kami selalu dapat mesej 

"Salam. saya ada 1000. Boleh tak saya buat produk sendiri?"
kami pun menjawab, "Lebih baik mulakan dengan menjual produk orang kerana Rm1000 tu kos untuk marketing pon tak lepas"

Terus mereka berang dan cakap kita tak support Muslim Lebih teruk lagi dikatakan tak mahu mereka maju bersama.

hakikatnya kita dah tahu, berbisnes tanpa ilmu risikonya terlalu tinggi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

better korang dapat kan buku ni, penulisan yang sempoi . Kalau nak ke facebook kak fel klik je gambar kat atas ye.

Mengikut pengalaman aku sendiri, memang memulakan perniagaan dengan menjual barang orang dulu. Since, kecik lagi dah tolong mak menjjual depan rumah, lepas tu prepare barang untuk jual roti john bulan ramadhan, Naik Universiti jual tudung Bawal, Shawl untuk cari duit poket, Tapi tak berape menjadi sebab aku tak pandai manage duit. hehe

Lepas grad dengan modal RM250 tong tong dengan 3 lagi sahabat jual tudung bawal Orkidlicious pulak. 

Modal RM1k untuk jadi reseller.

kalau korang nak tahu tudung orkidlicious macam mane

hidup perlukan try n error. Kalau tak kita tak tahu apa yang  okay apa yang tak..


*continue dengan orang lain pulak

Unique Contruction

that was my artpiece!



Setahun dah berlalu, bermakna berape bulan dah tangan ni tidak bersentuhan manja dengan tanah liat. Tak dapat nak ungkap betapa kurindu padamu,katakanlah kau cinta padaku.

ini adalahlah sebahagian daripada projek akhir tahun masa di UNIMAS, Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan kepujian Seni Halus.

dah macam construction terbengkalaikan?

tajuk kajian KESAN SMOKE FIRING TERHADAP PERMUKAAN SERAMIK.

Alhamdulillah subjek ni dapat score, memang rasa tak rugi masa berhempas pulas siang dan malam belek mebelek dan buat mengkaji pasal smoke firing.

Walau sekarang dah tak pegang tanah liat sangat takpe, insyaAllah coming soon lepas semua matlamat jelas akan berkecimpung balik dalam arena ni.

Sape pelajar seramik jugak? HIGH 5!!!!!!!!







NIGHT AT MACALISTER- Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang

MUZIUM DAN BALI SENI PULAU PINANG

Yes, memang patot cakap best dan puas hati sangat dapat berpraktikal 3bulan dekat sini. Actually nak lebih lagi. Sebab aku memang suka duduk tempat orang, bukan tak kenang tempat membesau, tapi bila kita kat tempat orang kita dapat explore.

Kejadahnye, tempat sendiri pon tak habis explore lagi.hahahhaah

ada satu hari dalam 3 bulan kami berpraktikal tu ada satu program. Namanya NIGHT AT MACALISTER.

tujuan program ni, ko kena tidur dalam muzium semalaman tau, bukan sejam..hahahha

penah pegi muzium tak? ek eleh mesti penah pegi punya kan, dalam muzium punya suasana sunyi-sunyi gitu macam dalam gua. Eh, dalam gua ada bunyi kelawau, so takde lah sunyi nau kan?

tak kesah lah, sebelum acara tidur tu, kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjelajah kawasan muzium pada waktu malam. Seram, gelap gelap ape jadah tak seram. Betul tak?


seram tak?hahahaha acah acah


he took all photo yee







24 Disember 2015

Kuching Sarawak

One of the best place ialah Sarawak

tiga tahun duduk sana memang puas hati, jauh dari kampung dapat family kat sane,

tak cita panjang-panjang cuma nak ceritakan satu tempat yang best kat Sarawak iaitu Santubong.
tempat ni tak tahu lah sekarang masih cantik macam ni ke tidak. Kebetulan masa kiteorang nak pergi Kampung Budaya lalu kat kawasan ni dan memang sah sah berhenti untuk KLIK SANE KLIK SINI.

jom layan gambar ni


nampak tak muka kebahagiaan dan ketenangan akak tu.heheh 



excited overload, kammi suka yaw




talented photog
contact her, kalau nakkan perkhidmatan beliau

BAJU KAHWIN CANTIK

Hi bakal perantin,

Sekarang ni zaman semua orang nak jadi rare betul tak?

untuk bakal perantin yang nak kan kelainan masa resepsi tu boleh lah akak suggestkan kat seorang designer yang super talented mendesign baju ikut apa yang awak nak tu.

sebelum tu jom layan hasil kerja beliau dulu




Beliau dah penah masuk rancangan tv9 tau. EHem ehem, nampak tak yang orang ramai cari beliau.

Jom lah apa lagi bakal pengantin, bakal tunangan orang tu..


MUSIM KAHWIN- Dn Andaman Puchong

DAH KIRA BAJET NAK KAHWIN?

DAH ADA JURUANDAM?

PELAMIN?

BAJU PERANTIN?

Okay, rilek-rilek, akak akan tolong korang sikit cari idea nak kawen ni okay.


klik je, akan terus ke facebook beliau.

akak Siti punya servis memang awesome der, make up cun, korang boleh request lah nak jenis apa pon, gerenti dia boleh penuhi impian yang korang inginkan masa bergelar RAJA SEHARI nanti.

jom kita layan sikit hasil kerja Kak Siti






nanti akak bagi yang lain okay.

continue.. 26/12

 Kami beroperasi di PUCHONG PRIMA... JEMPUT DTG KE BUTIK DN ANDAMAN...
💚
 Whatsapp | 0122706717



daripada rumah dah ade kedai dah akak ni, Jom support perniagaan akak ni k



23 Disember 2015

Inspirasi

Hi,

Nak biasakan diri mengupdate blog hari-hari kena paksa diri. #akakcuba

Putus asa?

Nak hampir-hampir tu adalah, sebab mengapa dan kenapa boleh terfeel macam 


  • bila buat sesuatu tu selalu saje tak kena & tak menjadi
  • bila tiada sorang pon nak support apa yang kita nak buat tu
  • Ikutkan kata hati yang berfikiran -ve
Jadi bila gejala macam ni bernari-nari dalam hidup kita memangsangat-sangat tak boleh dibiarkan. Kita kena fight apa yang kita nak tu betul-betul, buat dengan bersungguh-sungguh walau akhirnya kita gagal. Ehem...ehem...gagal tak bererti putus asa kan. 

Jadinya kita kena buat lagi sampai menjadi, supaya kita dapat mencabar diri kita sehingga kita kenal dan tahu potensi diri kita.

throwback.

teringat masa STPM dulu, 

target masuk tingkatan 6 dulu memang terpaksa sebab itu je medium yang membolehkan masuk U dengan pantas selepas kegagalan melayakkan diri ke Matrik dan asasi. Masa tu memang fikir ting. 6 ni memang takde standard, sebabnye kena pakai baju sekolah balik, ikut peraturan. *huh boring

Then, lepas fikir dengan betul & ingat balik matlamat, aku jadi sungguh-sungguh nak belajar. TAK KIRA KAT MANA AKU BERADA SEKARANG,AKU KENA FOKUS DAPATKAN APA YANG AKU NAK.

lepas kita dah jelas jelas gitu, kita kena istiqamah buat apa yg orang berjaya buat, kalau ikut balik perangai masa form 1- 5 memang jawabnya tak merasalah duduk U.

Kesudahannya, Aku dapat apa yang aku impikan walau kena tempuh macam-macam rasa, kata dll.

masa ting 6 tu aku pegang ni D.U.I.T

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

Yes, Allah bagi apa yang aku nak.Terima kasih Allah.

tapi, ada juga perkara atau jalan yang tempuh tu tak semudah yang aku fikir, walau aku ada kecundang aku teruskan usaha dan impian aku.

eh, cita panjang pon macam tak best, 

pada yang belum tengok short inspirational video ni, anda harus tonton, selain sedih& terkeluar air mata, You will get something..


22 Disember 2015

Muhasabah diri.


Padi tadi,
Subuh pon mak yg kejotkan,

masa zaman belajar jam yg kejotkan tak pon kawan cium pipi yg kejotkan,
bila bangun tu,
Mak angin semcam sebab aku selalu lupa nak cuci pinggan kotor dalam sinki sebelum tido,
nasib akulah kena ceramah free,
kebiasaan aku,
cepat saje hilang sabar bila dengar mak naik angin pagi pagi,
iyelah, rezeki masuk rumah waktu pagikan?
tapi,
kali ni aku cuba diam, tak nak melawan,
aku dah banyak buat dosa,
cukup2 lah tu,
aku bangga sebab aku bersabar dan tak menjawab pagi ni.
semoga aku istiqamah dan berubah lepas ni.
Pagi ni,
ayah punya moto takde sebab masuk bengkel,kete ayah pon,
jadi kat rumah ada lagi satu moto,
ayah naik moto tu, JADI?
Moto takde, nak hantar mak pergi keje macam mana?
Mak decide nak tumpang kawan,
nak tumpang kawan tu kena tunggu tepi jalan,
jalan besar dengan rumah lebih kurang 10-13 minit gitu,
aku cakap dengan mak,
Mak,
jom angah teman jalan kaki sama2,
Kami pon jalanlah kaki sesama,
Bahagia tuhan je yg tahu.
Terima kasih Allah,bagi peluang untuk berbuat baik kepada mak,
dah sekerat jalan,
ada kereta org kampung berenti tumpangkan mak,
Alhamdulillah, Allah kurangkan kepenatan mak untuk berjalan kaki. Syukur.
Lepas tu,
Balik rumah, sorang sahabat sent whatsapp
katenya,
dia dah lega sebab dah mintak maaf dengan maknye,
Aku lagi bahagia lepas tahu dia buat macam tu.
Terima kasih kerana membaca,
Jom iindahkan setiap detik hidup anda dengan perkara yg bermanfaat,
Allah sentiasa ada. Ingat tu

25 Julai 2015

POPULAR

HI,


Sejak besar ni jarang pulak aku menaip, dulu kemain eksaited nak jadi blogger terkenal lah konon, tapi pemalas toksah cakaplah.

POPULAR

aku kuat sangat berangan nak jadi popular, dari kecik pulak tu.

haha, tidaklah. Aku ni mengimpikan untuk dikenali je. Kang kalau jadi popular payah pulak dah hidup ni.

teringat masa masuk U dulu. AIM aku, Nak jadi MPP. Peh kemain besar cita-cita. Tapi separuh jalan, bila dah dapat assignment, projek melambak. Hah mane kau nak cekau masa pergi itu ini. Kira aku rasa aku tak de support pon time tu, kawan kawan aku macam tak berminat je. Tapi dah nama tak de rezeki nak buat macam mana ye. Takdir aku untuk jadi pelajar biasa yang popular dalam kelas aje gaknye. Tapi bukan ke aku boleh berusaha ke arah tu? tak nampak pulak usaha aku tu. hahahahaha. *nampak tak permain kata-kata aku tu?


Last, masa aku tahun tiga nak tak nak, aku apply jadi LO, aku ada gak ajak kengkawan, sebab apa apa benda kalau kita buat kalau ada kawan benda jadi best. Betul tak? korang jangan nak tipu cakap tak eh?. Memang kawan boleh dicari hat tu gak, tapi at least kalau satu program tu ko boleh heret kawan kawan ko sama, lagi tambah best tau. Boleh buat biol ko, boleh buat sakai ko.


Aku Jadi LO time tu aku sorang je dari gang aku tu. #kawanrapat. Balik ke Sarawak awal dua minggu, sanggup berkorban kau, asalkan cita-cita terlaksana. Bahagia betul perasaan jadi LO ni. Sebab masa awal ko masuk U dulu ko nampak abg abg akak akak dok sarung vase merah hati tu, dok jaga student baru, do jadi fasi lah, inilah itulah. Aku memang minat kerja macam tu. Interaksi dengan orang ramai.

tapi, pada aku berangan tu tak salah, ia sebagai panduan untuk ko capai angan-angan tu. Betul tak?

so, lets berangan.

xoxo,
9oct9

05 Mac 2015

FIKIR

Assalamualaikum


Road to klang lagi.
Bergerak awal pagi dari rumah sebab nak pergi pos barang customer then jumpe cikgu dekat s.k telok mas.

Pagi pagi lagi aku dah tergeram dengan staf pejabay pos, sebabnya nak mintak borang pos laju pon die suruh beratur. Alahai kak, bagi je pon bukan saya nak buat bayaran ape ape, pergi pejabat pos aeon okay je staf tu bagi.
Aihhhh,

Pagi pagi aku dah mengeluh panjang.
Banyak juga benda jadi pagi ni. Sekarang lepak MC sorang sorang sebab tiket bus jam 4 petang. Lama oi, nak jalan ke tempat lain malas,panas. Nak lepak surau berkunci. Jadi sebab tu aku meroyan taip taip ni.

Aku perlu ubah sesuatu lah.

18 Februari 2015

#wmum WHAT MAKE YOU MALAYSIAN

Assalamualaikum
Hi there.
Whats up.
Hee,  what make you malaysian ha?
Tolong member untuk #fyp final year project.
Kalau anda rasa anda malaysian silalah bantu beliau.
Hashtag #wmum dengan caption yang menarik anda mungkin merupakan manusia yang bertuah dapat hadiah daripada beliau yang comel tu.
Apa tunggu lagi.
Ni semester last beliau,  kalau anda reader yang baik hati dan mempunyai semangat membantu yang tinggi silalah gunakan hashtag #wmum di ig instagram ye.
Bantuan atau pertolongam yang seciput inilah yang menambahkan jariah anda.
1010am.
Angin sepoi sepoi bahase.


17 Februari 2015

RASA HATI

Assalamualaikum

Dah berhabuk sakan dah blog aku ni, even tak de reader aku rasa aku patot menulis balik bagi hapuskan kisah dramatik yang bersarang ni.
Hidup aku yang lima bulan duduk tanam anggur ini membuatkan jiwa aku meroyan sakan dan asyik buat dan fikir perkara yang lagha.

Berbekalkan ijazah sarjana muda seni gunaan dengan kepujian ini aku masih belom dapat kerja yang aku inginkan.  HAHA.  Aku memang sedang ketawakan diri aku sebab aku tak dapat capai apa yang aku nak.  Mungkin sebab aku tak cukup belajar masa zaman universiti., mungkin jugak aku tak dapat bentangkan apa yang aku ada masa interview,  mungkin jugak aku masih belom layak nak kerja dalam bidang yang aku nak.

Dalam benak aku ni ada menimbun plan for future au. Paling utama sekali aku nak berbisnes, tapi malangnya idea aku ni tak mendapat sokongan dari parent.  So how la?.... Take a deep breath....  Dan continue dengan plan lain...  Kerja je ape ape,  kumpul duit then pergi kumpul ilmu ilmu untuk kejar impian.

Ada orang memang tak faham kehendak kita,  yooo...  Cakap pasal life ni...  Aku punya life tak sama macam orang lain.  Yang sama tu mungkin 10% je kot.. 
Aku suka dengan perjalanan selama 23 tahun 4bulan ni sebab aku dah jalani pelbagai ujian yang biasa biasa.  Aku anak adalah seorang manusia yang suka memberontak kalau ada sesuatu yang tak sedap mata, telinga aku tengok dan dengar. Kang saje saje je mulut pedas aku ni jalankan kerja.  Eh,  aku bukan suka suka,  ada sebabnya.

Zaman sekolah sampai zaman universiti paling koman aku mesti ada gaduh dengan orang,  macam benda wajib berlaku lah. Aku okay je,  yang pergi,  biarlah pergi jauh jauh dan jangan datang dekat lagi,  yang sekali datang,  tak pergi pergi tu aku banyak jumpa masa di U,  mungkin masa ni masing masing dah jumpa suiz jadi matang dalam berfikir. 

Nampak macam banyak sangat aku nak bercerita,  tapi cerita aku tonggang langgang pulak,  jadinya aku decide untuk stop sebelum banyak lagi cerita mengarut keluar,  biar aku rehat sejenak dan nanti aku muncul balik dengan timeline cerita aku ye.

9.35pm
Ms. A
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI