assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

12 Januari 2013

Terbang Jauh Setinggi Gunung



sungguh hari hari yang dilalui ku kini makin tenat, ini semua kerana aku sendiri. Memang beanr begitu payah untuk mecapai sesebuah kejayaan, bukan mudah kita hendak mencapai sesuatu, semuanya memerlukan usaha. Ya, disini aku dah berusaha, aku hampir tewas dengan usaha yang aku lakukan ini, Hati ini kena tabah dengan setiap hal benda yang dilalui. 

Aku hanyut dengan kerja, yang kadang kala aku ambil sambil lewa, buat tak tahu bukan kerana aku tak tahu, tetapi aku mengagung-agungkan rasa malas dalam diri aku, Dan silapnya ugak aku terlalu fokus dalam membuat kaian sehingga aku lalai mencipta objek yang menarik. Ah, terkilannya aku.

Semester ini, tersangat sangat lah aku tidak berpuas hati dengan karya aku, sungguh, tidak tahu bagaimana aku ingin mengungkapkan kata kata ini. Aku tidak pasti apakah yang terjadi.

pasrahnya aku dengan ketentuan ini. lagi dua hari final projek akan dihantar, aku gusar, aku panah. aku takut menghadapinya, kerana aku telah meletakkan harapan yang tinggi untuk subek ini, aku sungguh takut akan kelukaan yang bakal aku cipta sendiri. Aku hanya mampu tersenyum dihadapan manusia. 

Aku bersungguh sungguh untuk mendapatkan yang terbaik , tetapi aku sudah kehilangan kaal untuk memperbaikinya disaat akhir,

Ya Allah,bantulah aku, bantulah hambamu ini .
aku inginkan kesempurnaan disebalik karya juga research aku itu.

semoga isnin nanti memberi kebahagiaan kepada aku.

:)

life is a journey, really a journey.
sometime you should redha.

#hope i will be 'me' in my work.

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI