assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

03 Januari 2013

Kekasih Gelap

assalamualaikum
selamat petang.

Tajuk yang tak boleh bla...bla..bla..blaa

lumrahlah dalam kehidupan ini perasaan ingin disukai dan menyukai. Asalkan pandai kawal diri dan perasaan itu. Nak nak sebagai seorang remaja lagi ha, Mana taknye,life kat universiti yang hari hari hadap ratusan manusia lalu depan mata, tak ke meroyan *statement aptb  

Jenis aku kalau dah suka seseorang 


  1. cari facebook : kenyataannya kalau mencari je kerja memang tak kan jumpa,dan akan berjumpa bila kita tak mencari sesuatu itu, inilah kehidupan benda yang kita kejar memang payah nak dapat,benda yang tak dikejar tu kadang kadang ada depan mata.
  2. Stalker habis-habisan: lantaklah pada orang nak kata atau cakap macam mana pun,kita bukan buat salah pun, kalau boleh aku nak tahu pasal dia,maksudnya background dia lah kan.
  3. buat keputusan : kalau hasil dapatan itu mendapati si dia bukanlah yang dicari,cuba tinggalkan rasa suka tu tepi tong sampah. 
  4. tapi kenyataannya,nak hilangkan rasa suka pun payah jugak.
  5. caranya: buat terapi diri dengan buat solat sunat waktu malam,lepas tu baca ayat suci Al Quran.In Sha Allah, tak banyak sikit pun kita dapat lupakan orang yang disukai secara senyap senyap itu .
  6. ini cara aku.
ini merupakan post berani mati aku,dimana mengeluarkan kenyataan tentang rasa suka aku tu, annoyingkan? itu bukan masalah besar sangat sebab aku yakinlah sangat yang bukan aku sorang je rasa macam ini, cuma blog aku ini lebih pada personal,jadi kalau rasa macam tak suka tu just go lah dari sini.



 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI