assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

15 Ogos 2013

Tabiat Dari Sikap

Assalamualaikum.

Hari raya. Dah pun masuk hari ke lapan.
aku masih di kampung. Bersama family. Apa yang aku tahu balik kampung memang best. Dan yang tak bestnya bila hari hari aku perlu bertekak dengan adik aku.Ah penat rasenya.

kawan aku selalu ulang ayat yang cikgu dia cakap masa sekolah sekolah dulu.
"sikap tu kalau dibiarkan lama-lama akan jadi tabiat"

haa.. kalau dah jadi tabiat maknanya memang payah lah nak disingkirkan. Ye dak?

kalaulah sikap atau amalam itu baik dan bermanfaat baguslah.
Then,bagaimana pulak kalau sikap dan amalan tu kurang baik dan tidak mendatang kebaikan serta mendatangkan kemudaratan.

tersangatlah payah untuk dihapuskan dalam diri kita dan memerlukan percubaan dan TEKAD .

so now, aku sekarang sedang cari jalan untuk menghapuskan segala sikap yang boleh mendatangkan masalah pada aku kelak.

# doakan aku.terima kasih.


08 Ogos 2013

Cepat Touching.

itu aku.
ape kena tah.
tadi siang tonton drama tv
Rosyam berlakon, tersentuh.
awatnya sedih sangat dia berlakon.Jadi kot watak tu.Kira profesional la

aku punya perasaan malam ni lain betul la
aku tak selesa.
rasa tak nyaman.
mungkin sebab tadi
PASAR MALAM. tah tak tahu nak panggil apa, malam raya kan. Sesak bukan kepalang
Gila buatannya...
Nak cari tudung nak pakai besok,tapi susah bukan main,
Penipu pun ada.
Lawak sekali

tudung Rm25 dia khabarkan aku Rm35.
pasal malas nak cari gaduh...
aku diam
aku cakap CANCEL la kak.
hilang mood aku.
cikai je kot.

nasib kan

06 Ogos 2013

Rancangan TV Al-Hijrah

RAYA NAK TIBA DAH WEH...

Amalan dah banyak tak ?
bulan RAMADHAN dah nak say good bye dah.
sedih tak?

Aku naj share sikit rancangan TV dekat AL-HIJRAH bulan ni.
aku boleh jadi pakar la bab bab cerita bulan ramadhan ni, sebabnya asyik menghadap TV je.
keluar rumah tak.
study kurang.
g cais pun jarang.
masuk u lagi kurang.

Untuk pengetahuan aku,hee rancangan dekat al-hijrah ni memang memukau lah. Best. Kurang rasa bosan , sebabnya rancangannya memang ilmiah habis, kalau orang yang kuat baring lalu tertido bila nak tengok tv macam aku ni kurang lah dapat manfaat dari cerita yang bagus tu.

dah.FOKUS ea?

untuk foto foto di cc kepada Org Tua Google

memang best bila tonton chef ni masak sebabnya dia masak banyak disulamkan kalimah Allah. Sebab tu dinamakan hidangan barakah.
kalau aku tengok ni dengan mas memang ade je yang tergelak sebab dia suka cakap SUKA SUKA HATILAH.
Setiap kali tengok aku memang tak berhasrat nak cuba buat sebab bahan yang dia guna tu memang terbaik dari ladang dan banyak bahannya. Aku kan student bajet mane cukup. hee.


Tu, baru chef ammar kan? sekarang ni layan MA'AHAD AL-AMIN pulak okay.

RYZAL JAAFAR
ALMY NADIA
AIDIL AZIZ
ZIZAN NIN

cerita ni jam 11pg
aku tak jumpa la poster untuk cerita ni dekat google.Tapi yang penting cerita ni memang best. Ryzal yang comel, lakonan dia memang mantap.sesuai. Masuk pulak artis maharaja lawak KODIAK dengan RODIAK tu memang cerita tu jadi lawak lah. Diorang ni ketengahkan loghat Utagha diorang tu.

Lepas tu masuk pulak Aidil Aziz, hah. STYLO. sesuai gandingan diorang ni.

Alah, kesudahannya eh sebenarnya aku tak nak cerita ni berkesudahan tapi apasal tah cerita ni kesudahan jugak. Mungkin aku bukan pengarah bukan penerbit. Jadi aku tiada hak menentukan sudah ke tidak sesebuah cerita tu.

# nanti aku sambung balik. Kesian lah tengok ayah kemas sorang sorang. nak pegi tolong sat na :)


Ya Ogos. I love You

Bila dah waktu pagi cenggini.
mata semakin segar.
terbiasa.

Semakin aku leka berblog, membaca entri para blogger.
aku semakin kuat berfikir.
aku semakin suka mengklasifikasikan.
apa yang aku nak?
apa yang aku cari?

pengalaman?
ini paling berharga.
sebabnya dengan ini pemikiran seseorang tu makin luas, makin makin unik.
aku suka baca karya pelajar malaysia yang study oversea.
aku patot kata mereka hebat.

aku semakin teruja.
teruja dengan kehidupan mereka.
aku tak taksub lagi aih. Cuma Inspirasi.

Mereka petah. Cerita mereka tak bosan.
Adakah aku sedang membanding bandingkan orang?
ini cuma pendapat yang aku rasa.
perlu untuk diterjemahkan.

nanti aku patut listkan mereka di sidebar aku.
agar yang bukak blog aku ni, baca entri mereka.

Jangan Curang.Tak Baik

Assalamualaikum.

Kepuasan untuk memiliki sesuatu itu pernah hadir ataupun kehadirannya tidak dipedulikan?
kenyataan ini hanya boleh dinilai dan dijawab oleh diri sendiri.

Biasanya aku tengok kes kecurangan dalam kalangan orang dewasa hanya dalam tv sahaje, kini aku tidak sangka kejadian itu di alam nyata.

Jika dilihat dengan mata kasar kita ini, kesempurnaan yang dimilikinya. Hakikatnya? tidak begitu pasti.
Hidup berkeluarga,ada anak,suami/isteri..... lagi kenapa mahu berpaling tadah?
mungkin aku yang kurang faham perihal rumahtangga ni, tapi kemusykilan tu tetap ada dalam diri ini.

yang jelas aku tak dapat bayangkan apa yang bakal jadi kalau terkantoi.

LU KENA BEB!


05 Ogos 2013

Aku Nak lupa kan KAU

kalau senang nak buat.
aku memang akan buat.

kalau diberi peluang.
peluang tu sentiasa ada kan?
cuma nak dengan tidak sahaja.

aku nak lupakan kau sekarang.
yang hadir masa silam aku.
aku nak buang jauh2.

lupakan.

senang. Tapi susah. Bertahun pun aku masih tak lupakan jigak.
yang datang secara maya.

gila. Buang.Delete.
hapuskan semua.
kan?

Ketentuan atau ditentu?

Assalamualaikum.
tidak tahulah sama ada blog aku ni ada pembaca ke tidak.

cuti yang aku jalani sekarang ini memang macam biasa , seperti cuti sebelum sebelum ini, aku cuma mengharapkan kami adik beradik membesar dengan cepat. Membesar dengan erti lain ialah bercambah usia.

impian aku besar.
impian kamu apatah lagi.
ye dak?

siapa la agaknya tiada impian? Pada firasat aku ini semua orang memiliki impian yang tersendiri.

BAIK DENGAN ORANG

- Kita ni atas muka bumi hanya sementara, jadi kalau berkesempatan mestilah perlu/harus berbuat baik dengan orang, agar satu hari nanti orang pun akan balas kebaikan terhadap kita. Bukan meminta kebaikan dibalas kebaikan, tetapi kalau kita susah nanti in shaa Allah akan ada bantuan yang sampai pada kita.

kenyataan ini untuk diri aku jugak, ialah kitani sebagai manusia tak lari dari melakukan kesalahan kan.

BERBUDI BAHASA

- Yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

Siti Nur Haliza pun dah menimbun kali sampaikanmesej ni dalam nyanyian dia. Apalagi yang membuatkan kita tak faham?

perkongsian:

- dari kecil samapi dah besar ni , antara satu amalan yang aku tak lupa nak buat ialah tegur orang. Bukan lah bermaksud tegur orang sesuka hati. Kang tak memasal kena sepak pulak, wrong timing nak tegur.

maksud aku tu, tegur orang yang berlapis-lapis. HEE, TEGUR ORANG TAK KIRA LAPISAN UMUR   , contohnya, 

  1. orang kampung yang baru balik dari pasar
  2. makcik/pakcik tukang sapu
  3. pak/mak guard
  4. dan siapa-siapa yang kau rasa perlu untuk ditegur
janganlah pulak nanti, orang yang tak ade mood kau nak tegur. Ye dak? Kena tengok situasi jugak bab menyapa orang.

Ada kawan yang pelik dengan tabiat aku ini, Yela main tegur je kan? bukan kenal pun. Ini masa kecik-kecik dulu mak ayahselalu pesan "kalau jumpa orang tua, tegur". Jadi dah besau terbiase lah kan... Bukan bermakna kami baik, Tapi apa yang bagus baik kita teruskan, yang kurang bagus kita cuba elakkan.

Lagi satu, CUBA korang panggil makcik tukang sapu dekat tempat keje atau kolej korang waktu pagi-pagi..eh,tak kisah la waktu bila pun. Panggil macam ni "MAKCIKKKKKK,selamat pagi... dalam nada yang girang, VOLUME suara dalam nada yang terkawal,"Aku boleh jamin yang makcik tu walau pun riak wajahnye tak tunjukkan apa-apa tapi dalam hati dia mesti suka punya, mesti dia akan rasa dihargai :)

# semoga sedikit sebanyak dapat kebaikan .




04 Ogos 2013

Bermula Dah Cuti

orang dah start cuti dekat kampung ni dah lama dah.
aku je baru terhegeh hegeh nak balik kampung,then goyang kaki.

Ikut kiraan kepala otak aku ni balik kampung ni best!
tapi aku kalau dah balik kampung, tak sah kalau tak
BERGADUH!

gua dah 21 tahun 10 bulan beb!
nak gaduh ngan adik adik ni penat tau.
nak layan kerenah samdol diorang tu..
rasa macam nak berlari 2000 meter tanpa henti.

lepas tu, belum cukup aktiviti gaduh.
datang kehendak aku yang pemalas ni, nak kena kemas rumah,
mak balik kerja tengok satu hapah tak terusik
pasti pasti kena berleter 24jam tanpa henti
auchhh

ibarat kena tembak dengan peluru paling tajam doh.

lastly, wa rileksss je..
buat muka cool.
pastu orang pun benci dan macam nak halau aku balik sarawak!
padan muka.

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI