assalamualaikum
aku bermadah.
letih juga bila bersuara,
bercakap hanya sia-sia,
tiada makna tiada erti,
kau angguk, kau geleng,
puncanya adalah aku.
sia-sia.
gelak ketawa tidak ingat dunia,
ibarat kau seperti jantan pula,
sedangkan mereka jauh lebih sopannya,
tutup muka, buka hati,
terangi jalanku, kuatkanlah keimananku,
sujudku,
mana? leka sentiasa.
alpa.. apa yang difikirkan?
mengejarbayangan itu dan ini,
yang pastinya tiada kesudahan,
lupa, sudah diingati,
kau tiup saja,
kau layangkannya.
pergi.. ia pergi..
26 Jun 2013
20 Jun 2013
EXPANDED MEDIA 1
Assalamualaikum.
ini second project by: aku dan kawan kawan. Untuk kelas ini kami dibenarkan untuk mengexplore apa apa media yang boleh dijadikan artwork. Kali ini dalam skala besarlah. Aku target untuk projek kali ini aku and the gang akan performlah, sebabnya macam yakin idea kami ini akan diterima pakai oleh lecturer comel, tapi jauh panggang dari api, kami telah laksanakan projek kami dengan kurang jayenya,walaupun kami gigih dalam proses menyiapkannya.
gambar diatas menunjukkan aku.
ini gambar proses serta mock-up . Anyaman tangan 100%.
pada asalnya kami nak buat tempurung kelapa sebab motifnya kaminak bawak kesedaran era ini dalam zaman dahulu, dimana kebanyakan orang seolah olah berada di bawah tempurung dek kerana kurang informasi mengenai keadaan duni sebenar.Tapi idea kami ini ditolak! how sad we are,,,,
kami nekad untuk hasilkan bayang la pulak.
u
#sambung kemudian.mengantuk sungguh dah ni
12 Jun 2013
Kau Elaklah Ego
assalamualaikum,
melintasi semalam,
aku mengeluh.Hampa sebenarnya,
bergolek akal fikiran,
mencari sekelumit kekuatan dalam ketakutan,
mendiskripsi segala kelemahan,
yang patut digunakan,
yakinlah,
aku sebenarnya masih tidak tega,
masih belum mampu,
meneruskan agendaku,
keegoaan yang tersemat,
sudah cukup membuatkan aku dirasuk,
dirasuk sehingga jatuh,
kesedihan menggodam jiwa,
aku hampir pasrah!
ya,
wahai kau,
berilah jalan untuk dirimu,
bebas dari rasa itu,
jangan lokek membongkok,
tiada siapa yang menahan gelak ketawa atas itu,
marilah aku tunjukkan jalan untukmu,
duri dibajumu terlalu tajam
sehingga tiada sepatah yang berani lagi aku muntahkan.
#hingusan
Langgan:
Catatan
(
Atom
)