assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

24 Februari 2013

Kerja Part Time

assalamualaikum.

ada entri tapi perap lama lama, samapi basi barulah teringat! hampeh.

hari ini merupakan hari terakhir percutianku di kampung sendiri selama 1 bulan 3 hari. Percutian yang bermakna ini telah aku habiskan sehabis baik, dimana aku sempat bekerja, sempat berjalan, sempat berjumpa kawan, sempat duduk dirumah, eh macam macam sempat lagilah.

Kali ini, pekerjaan biasaku itu agak lumayan, kerana aku telah ditawarkan bekerja di kedai yang lebih besar dari sebelum ini, total hari aku bekerja ialah = 8 hari. Jumlah wang yang terkumpul pula alhamdulillah, cukup cukup beli barang idaman aku. Sekurang kurangnya terlepaslah dari mintak duit dari mak ayah. Jimat duit diorang.

opss, aku kerja di ikan bakar umbai, jarak dari rumah cuma 5 minit je, kali ini pekerja lebih ramai dari biasa, kerja aku keseluruhannya sangat senang, sebab aku kerja tuang kicap lepas tu hantar kicap, orang dah habis makan kemaskan meja sampai bersih berkilat kilat.

Budak budak lepasan SPM la yang conquer kerja dekat kedai tu. Lelaki la kebanyakannya.

credit : google image

tempat ini agak famous jugak, siap ade masuk paper lagi. kalau berkesempatan tu singgah le sini. Tapi jangan datang time cuti yang orang ramai cuti sebabnya DARAH akan cepat naik nak tunggu makanan samapi, tapi takdelah lambat sangat. Cuma ada segelintir pelanggan yang tak sedar diri, dah datang lambat lepas tu enak enak je nak dapat makanan awal. :)

Selain tu, bukan sahaja dapat menikmati makanan yang lazat, korang jugak dapat menikmati pemandangan laut , dan sebelah kedai tu dah macam zoo monyet. Eh payah lah nak cerita, pendek kata menariklah. Cuma korang perlu datang dan merasai sendiri.


ini ha HARIMAU. Besar penangan harimau ni kat monyet monyet yang nakal tu. Pantang lepa letak makanan pasti dia pun ibarat tuan empunya hidangan tu. Ngacau ngacau.


ini ada titi ke nak panggil jambatan? haha.. korang boleh jalan situ sambil menikmati pandangannye la. Mana tau nak usha monyet ke kan?


waktu ni monyet tak dak sebab budak kedai dah baling mercun jadi bertempiaranlah monyet tu. Cantik tak ? so dalam masa korang makan makan dapatlah tengok benda yang cantik dan menarik. Boleh tambah pahala kalau korang menghargai ciptaan Allah ni.

okay okay, stop sini.

banyak lagi cerita menarik. Tunggu balik u. baru boleh menaip lagi.

ketemu lagi. tradadada.

lot of <3,
zia.




02 Februari 2013

Kami Fine Art

Assalamualaikum.

mood rajin bertandang,
jangan sii siakan.

ada macam pantun 2 baris tak?

oh, di sini aku nak mengulit kenangan yang masih segar ini.


ini rakan seperjuangan FIne Art dalam menempuhi onak dan duri asmara sepanjang bergelar pelajar di UNIMAS. Masih ada yang tertinggal .


oh, ini gelagat geng fine art kalau dah hadap camera. pose pose


ada orang cakap ini poyo ? oh . mana mungkin .



orang kampung kirim ikan terubuk . oh konfiud nak yang bape ringgit


balik balik.


01 Februari 2013

Senam Tari

Assalamualaikum.



credit to : mazlan a.k.a Lan .

ini acara wajib yang dipertandingkan setahun sekali dekat unimas. SENAM TARI. Act, masuk ni nak pengalaman dan ank cop kolej, haha, nak stay lama kat kolej jadi kena lah berjasa dan berbakti, haruman nama kolej. Opsss. tak menang pon, sebab kelam kabut, dapat saguhati je, tapi bersyukurlah sebab dapat rasa berdebar debar nak buat senam sambil tari, :)



Bukan tajuk Biasa

assalamualaikum.


22 years old. My mak always asked me "angah, dah ada calon ke belum". Bila aku dengar je pertanyaan unsur sebegitu, aku terus "mak, muda lagi, tak payah lah cakap pasal ni lagi" 

Mak risaukan anaknya yang sorang ini, sebab masih tidak berpunya. Well, rilex la, belajar pun belum habis ini, diri pun tak cukup ilmu, harta pun tak kumpul lagi.Urrgghh, kenyataan melarikan diri.

Act, hari ini baru berhasrat nak jengah blog, sebab hari hari yang lalu hanya menghabiskan masa dengan melayan movie movie yang di collect dari kawan before cuti. Habis dah melayan segala cerita. Dan masih tamak dengan mendonlod cerita korea. Cerita dah lapuk tapi aku je yang baru nak layan. The Beautiful You. Hero dia sapa anma entah, tapi comel sebab mata dia besar, ganteng deyh.

Tah tahu nak cerita pasal apa ni, main taip ikut suka je,apa yang terlintas itulah dia.


eno keroro III. Dia yang buat ini, sebab dia selalu rakamkan mimik muka 'cantik' aku ini. ini semua semester 1 , 

zaman berselendang . 
zaman baru nak kenal kawan kawan kampus, 
zaman baru nak kenal dunia seni,
zaman baru nak rasa alam kampus.

Seriuosly, tahap kebosanan aku ni dah tahap terakhir, begitu dasyatnye kan, sepatutnya waktu inilah nak kumpulkan ilmu di dada, ini tidak! apa tak nye tak de kawan kot kat kampung ini, smeua budak kecik yang baru ank naik je, budak yang baru nak kenal dunia ni.

Kalau nak mengharapkan cuti ni habis cepat pun tak bagus jugak, sebab nanti kalau dah masuk sem baru , sibuk kemain lak, sampai rehat pun entah kemana,


hiasan semata- mata .


nite :)

zr


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI