assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

28 Januari 2013

Keputusan Rayuan Kolej

assalamualaikum.

hari ni kolej cempaka umumkan keputusan rayuan kolej.

hoorey hooreyy aku dapat.

alhamdulillah. syukur sebab aku dapat jejakkan kaki ke kolej.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tapi semester depan mencabar buat aku, yela mana tak nya subjek makin berat!

tang kolej pulak aku dan 2 lagi kawan cadang nak share duit bayar duit kolej . So, kiranya bilik kolej tu nanti kami jadikan sebgai tumpangan dan rehat rehat kejab kalau letih balik dari kelas. Tang rumah sewa lak? kena simpan duit awal2 untuk bayar sewa bulanan. Hope dapat simpan duit lah :)

# adik aku dah balik sekolah.

27 Januari 2013

Kenangan Kotak Lama

assalamualaikum

selamat kembali.

Al kesah sejak cuti ini aku tersangat malas nak update blog, asyik membaca entri orang lain je, tuan badan oulak malas nak menaip. Dena Bahrin dah selamat lahirkan baby boy. Hee, sibuk je aku kan?

ok lah, malam ni aku just nak share all my old stuff yang duk simpan baik punye dalam kotak sakti.


reben yang bermakna.

reben ini digelar sebagai TONCET, ye itu pon kalau aku tak salah ejaannye la kan. Inilah benda famous masa di asrama aku dulu (APIDA) , pergilah ceruk mana pun benda ni lah yang akan tersemat indah dekat atas kepala. Fulamak ai comel gila kot kitaorang masa tu, BANGGE BANGGE. Banyak kenangan disebalik benda ini, even malu masa pakai ini, tapi inilah simbol mercu kejayaan APIDA dalam banyak hal, kiranya ini boleh jadi imej kami lah .


ini pulak , nak panggil apa ek? lupa dah. kira macam nombor untuk merentas desa. Tapi ini ikut rumah masing masing, tak silap time ni aku rumah kasturi , amboi nama pahlawan gitu . Yang bestnya time dapat je kain ini, satu semangat datang tau, semangat conteng conteng kain tu, kononnya berseni sangatlah, tapi hasilnya sangatlah hodoh weh, siap ada macam barcode lagi, kelas kau jah.


key chain pemberian dari kawan serta junior yang dikasihi, ini adat orang yang pergi lawatan sambil belajar tau, asal diorang pergi mana mana je mesti belikan kawan kawan buah tangan. SUKE ? memang lah, aku paling suka dapat benda ini, macam penghargaan tau, lagi banyak bertambah bangge pulak diri ini.


erk, demi persahabatan yang aku sayang gila, sanggup menggunting gambar dan taruk dalam jam wey, kau pernah buat? bukan sebiji jam je, bahkan 2 3 jam lagi, tapi jam tu dah ghaib, fuh, malas nak cerita panjang, nanti terguris lebih :)


ini nama yang tamapl kat tudung/ baju sekolah, asal cikgu agihkan pada pelajar, yang budak lorat lorat 
macam aku ini seboklah tawaf kelas mintak tukar nama, kononnye nak jadikan kenangan , tapi hakikatnya memang untuk jadikan kenangan pun.


walaupun murah ianya menjadi kenangan abadi. katenyer... hahah.. bunga ros kertas. pun jadilah dari tak ada , ye dak?


sekarang dah 22 tahun, masih segar dalam ingatan segala kenangan :)

19 Januari 2013

Adap dan Hak Seorang Teman dan Sahabat

السلام عليكم

سلامت مالم

malam ke empat habis exam,
masih lagi tercongok di kolej,
menunggu detik kepulangan ke kampung halaman,
walaupun berat ingin meninggalkan sini,
tetapi akibat jeles! aku tak sabar nak balik.

kembali kepada tajuk yang atas tu,

seperti yang kita tahu mereka merupakan antara penyumbang kepada kejayaan dalam kehidupan kita,yela. mana tak nya, contoh ea aku bagi sebagai seorang pelajar dan pastu stay kolej lak, dari pagi sampai ke malam dah tentu tentu lah muka kawan kawan je yang kita hadap selain dari buku dan lecturer, jadi kalau dah nama pun berkawan, kita mesti mempunyai adap, agar? agar perhubungan kita dengan dia akan berkekalan, dan kalau ada jodoh bolehlah kahwin ngan kawan kita tu. :p

okay, kembali kepada adab

sini aku senaraikan beberapa adab dalam buku yang kau baca ini.


  1. memberi salam ketika bertemu :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

     2. menziarahi ketika sakit :

jangan lah hang pa semua kejam sangat kalau kawan tu tengah sakit, even demam demam manje datanglah jenguk jab, biasanya orang yang tengah sakit ini minta belaian tau, jadi kalau diorang tu mengada-ngada sikit jangan pulak hang pa bagi penampaq kat mereka, menangis sampai hentak hentak kaki nanti.

    3. mendoakan ketika dia bersin :


    4. sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungi persahabatan kerana Allah semata-mata.

    5. membantunya ketika waktu susah

    6. menerima undangan jika diundang ke majlis atau ke rumahnya

    7. memberi tahniah pada bulan bulan dan hari raya

kalau macam aku, aku selalu bagi kawan kawan aku kad, dalam tu aku letak kata2 best ke, semua kata kata tu aku kutip dari google. :)

    8. saling memberi hadiah pada upacara upacara dan hari hari tertentu

hadiah ni, time birthday diorang duit akn dikumpulkan dan beli kek :) + tepung (tapi kadang kadang je)

    9. membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu bagi diri anda

   10. sama sama bergembira ketika senang,dan sama sama bersedih ketika dia bersedih

   11. hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika waktu hidupnya dan matinya

   12. hendaklah anda berbakti kepada anka isterinya serta kaum kerabatnya ketika hidup dan matinya

itu sahaja :)

some people said :

sharing is caring.

and i, continue the sentence :

caring is loving,
loving is couple,
couple is trouble,
trouble then clash,
cari baru :)



Segmen Tambah Followers 2013 By Hotmasakini

Assalamualaikum.

rajin benau aku join segmen tambah follower.

:P


kalau rasa nak join cuma klik dekat banner atas ni k


18 Januari 2013

Manfaat Beriadah

assalamualaikum
selamat malam

hari ke tiga habis exam, duduk bersendirian lagi dirumah, housemate semua dah bla balik kampung tanpa ucapkan sepatah haram 'bye-bye'. Berlagak sungguh masing masing dapat balik awal dari aku. Duduk tercanguk dalam bilik lebih kurang dalam 18 jam, dan balance nya tu keluar hantar barang ke rumah sewa,makan,minum,mandi,solat,tido. Best betul kehidupan amcam ni, kosong! tanpa perlu fikir belajar. Hahahaha..

musnah,musnah wey masa depan kalau duduk macam ini je, perkembangan pun tarak! hari hari aku belasah maggi. Bak kate kawan aku pun "nak bagi kepala hang botak ke?". Sodih sodih, bukan nak sangat makan maggi tu, tapi masalah kewangan itu mengatasi segalanya. Sabar jela , balik kampung ni aku nak belasah makanan sedap sedap, kalau setakat maggi ni aku dah jemu plus tak ank hadap langsunglah. pergilah kau main jauh jauh






ini antara aktiviti yang aku lakukan semasa waktu petang yang indah bersama teman teman seperjuangan.

ada yang lain tapi mereka duduk luar, maksudnya mereka tak dapat kolej .


#just that.


im happy with them,no matter what happen in the future, im still love them.

hope so !

Terfaktab dan Fixi

Assalamualaikum.

Selamat pagi wahai warga pembaca yang cun cun kachak kachak belako. Kamek sikda topik yang hot untuk dibicarakan tetapi cik ada informasi best ( ini bagi aku lah kan) .

1.tentang FIXI
  • pada mulanya aku ingatkan yang FIXI ini ialah sejenis basikal yang tengah hotpada masa kini. OPSS, rupanya silap tanggapan aku itu di mana FIXI merupakan sebuah pengeluar buku yang buat aku jatuh hati sey. 
MACAM MANA BOLEH KENAL?
  • Pada suatu petang, seorang kawan yang sangat galak mengSHARE satu cerita pendeknya sambil dibnatu oleh rakan rapat beliau, musykil bin geram, ape ke benda la diorang ni dok share share, malas gila nak baca, MasyaAllah gila tak penuh wall dengan cerita dia, Ok, last last kena baca jugak, sebab nampak tajuk SUMBAT macam best jak.
  • Kawan aku yang join tu menang dalam contest tu, so dia dapat lah sebuah buku SUMBAT, gembira bukan main lagi.
  • Sambung balik, lepas kemenangan kawan aku tu, aku pun tanya apa itu FIXI? proses godeh godeh dan sebgainya membuatkan aku terlepas cakap "WOW" . menarik kot.. tak sabar sabar nak dapatkan buku diorang masa balik nanti .
  • antara buku diorang  :
                             


memang nampak urban an? korang tekan je gambar tu, nanti akan direct pergi ke website diorang.

2.tentang TERFAKTAB

Definisi cinta sampai ke bulan dan beyond

Terfaktab

malei nak sembang banyak banyak, lebih baik klik je atas ni. korang definisikanlah pengeluar yang aku bagi tau.

ni antara entri aku baca  :


*nak baca lebih lebih kena g sana lah.

#balik melaka nak redah popular dan MPH!!!

17 Januari 2013

Eksplisit Sarawak


Assalamualaikum.



my best best best friends ..


hello ! semalam last paper. Ye last paper. ADVANCED ELECTRONIC ART. Lepas je berhempas pulas jawab exam tersebut. We all pergi MCR ( my chicken restauranttt) MCR ni ada dekat sarawak je u all , lau kat semenanjung aku tak penah terserempak lagi. AYAM? besauuu.. Pedas! itu yang menyelerakan tekak kampung aku ini. Pergi ngan kawan kawan bersepakat aku. Seriusnya, kalau tengah tak dak mood, jumpa je mereka, automatically mood akan berubah. Percaya? tak kan. terpulanglah.

kami orang ni dah kawan hampir 1 tahun setengah , ada yang dah kawan dari sekolah menengah, tapi dia tak nampak, sebab tukang ambil gambar.

Hari ini masing masing dah mengira jam mengira hari nak balik negeri masing masing. So sad... tapi cuti tu tak dak lama mana pun, sebulan je.

Naik cuti ini dah masuk semester 4, yahooo. Berdebar le nak oi, lagi banyak sem lagi kuat dugaan dan cabarannya.

#tak tau nak cakap banyak pasal mereka, sebab best! tulah.....

SEGMEN : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu

assalamualaikum



join segmen weh..

lamak gilak gue idok join.

berminat?

sila lah TEKAN BANNER atas tu .

#tiba tiba teringin !

16 Januari 2013

Fenomena LISTEN! LISTEN!LISTEN

Assalamualaikum...

al-kesah berakhirlah perjuangan aku untuk semester tiga a.k.a 3 di unimas. In sha Allah akan meneruskan lagi agenda pada musim musim seterusnya.

bukan ini yang mahu dikupas pada lewat magrib ini.

yang bawah ini sebenarnya :


ini video aku amik random je dari you tube tu.  Kalau nak tengok dari mula sampai akhir SUARA MAHASISWA/SISWI ni boleh leh godeh godeh dekat you tube okai.

pada mulanya aku tak tahu sangat pasal ini, kawan kawan facebook, classmate semua dok post benda benda LISTEN 3x .. Tak paham aku!

al-maklumlah, exam pun tak habis lagi nak duduk layan listen ini! malai aku lah.

SEMALAM,aku teringin sangat nak tengok! keinginan yang melampau membuatkan tangan ini ringan untuk mendownload video itu.
DAN, pergi ke GOOGLE untuk mengetahui dengan lebih jelas. 

al-kesah , Kak Pah vs Student tahun dua jurusan undang undang UUM.

hangat kot cerita ni, menjadi bualan masyarakat. Mana tidaknya dah nama pun SUARA mahasiswa/siswi kan, jadi dengarkan jela apa yang student tu nak habak. Sat g hang nak komen hang komen la, ni orang tu belum habis keluarkan segala fakta KAK PAH dah sebok LISTEN!LISTEN!LISTEN. nak tak nak terpakse berhenti student tu cakap.

apa yang tidak memahami aku ialah.OPPSSS.. DAN apa yang aku tak faham ialah :

  1. KENAPA KETIKA STUDENT TU DOK CAKAP PUNYA CAKAP MEMBER MEMBER LAIN DOK "clap-clap" a.k.a " tepuk-tepuk" ?
= bagi aku kalau seseorang yang sedang berhujah kemudian yang mendengar bersetuju dengan hujahan beliau, maka dengan tidak semena mena yang mendengar itu akan menyokong dengan bantuan "TEPUK TANGAN, NADA SUARA YANG MENGATAKAN IYA, dan sebagainya lah". 

     LEPAS TU,

     2. KENAPA KETIKA KAK PAH MEMBALAS HUJAHAN STUDENT TU, yang penonton di hall tu dok sokong hujahan KAK PAH pulak?

setiap pertanyaan KP yang lain dok YE YE. BETUL BETUL

pelik bin ajaib bila mana seseorang itu tidak tetap pilihannya.

ibarat seperti " ditelan mati mak diluah mati bapak" * hai hai betul ke peribahasa yang aku andaikan ni.?

KESIMPULAN AKU

  • mungkin nada yang digunakan oleh student tu membuatkan KP naik angin kot, tu sebab belum sempat student tu cakap lebih panjang KP dah sekat.

  • KP cakap "saya bukan nak malukan awak" . TAPI,hakikatnya,bukankah dia sedang memalukan student india tu depan orang ramai?

  • masing masing perlu mempunyai etika dan kesabaran itu juga sangat penting kerana majlis ilmu tersebut dihadiri oleh orang berpelajaran.*fikir fikirkanlah.

  • dan, sikap yang seperti lalang itu tidak bagus lah :) 

#apa yang aku cakap dan luahkan ini berdasarkan pemahaman dan pembacaan aku, maaflah, aku bukan insan sempurna.


15 Januari 2013

Tidak Memilih

Assalamualaikum

dunia,
kian terasa explisitnya

negara,
kian berombak dadanya,

aku,
kian tidak mengerti helahnya.

apakah kau sedari dirimu acapkali dipermainkan?
godaan apakah yang melewatimu?

mengeyakan sahaja apa yang berlalu,

lumrah sekarang.

tidak boleh berkata apa apa.



Perlukah Mencemburui Rakan.

assalamualaikum.
hadirin dan hadirat yang dimuliakan:)

macam nak bagi speech pulak ye.



hari ini , semalam
assessment berlangsung,
berdebarnya jiwa, berdetak-detaknya jantung,
tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang kesah,
yang menanggung hanyalah diri sendiri,

hari ini, semalam
tidur lintang pukang,
lantaran kerja ibarat setinggi gunung kinabalu,
desakan ilmu dan pointer,
mengakibatkan diri sukar berfikir enak,

bukan aku sendiri,
bukan aku sehaja,
berkongsi rasa ini , berkongsi rasa itu,
ini semua kisah semua,
yang merana dek kerja akhir masa,

hari ini,
debaran kian terasa,
kerana segalanya dinilai
segalanya diperhalusi
sehingga menerbitkan kesimpulan
di atas segala kelemahan.

jiwa bergetar ,
jiwa kaku
jiwa parah

adakah aku mendapat perhatiannya?

oh, silap.

benar tekaanku,
pabila sekalipun namaku tidak tercalon dalam senarai itu,
perhatianku semakin lari,
pergi jauh dari destinasi,
bukan aku mengalah,
tetapi aku bangkit!
mencari haluan yang memberi definisi,
yang ingin mengatasi level kini

Biar keadaan menentu segalanya,
yang berat biar aku pikul sendiri,
yang ringan biar aku bawa sendiri,

bukan ego yang aku pertahankan,
bukan sombong yang aku cipta,

aku benar-benar tercabar dengan kedudukan aku sekarang,
yang langsung tiada memberi kesan maksimum
dalam mempertingkatkan,
merealitikan fantasi .

biar aku gundah setiap ketika
asal aku berdiri sendiri
mencari kesimpulan yang abadi.

12 Januari 2013

Terbang Jauh Setinggi Gunung



sungguh hari hari yang dilalui ku kini makin tenat, ini semua kerana aku sendiri. Memang beanr begitu payah untuk mecapai sesebuah kejayaan, bukan mudah kita hendak mencapai sesuatu, semuanya memerlukan usaha. Ya, disini aku dah berusaha, aku hampir tewas dengan usaha yang aku lakukan ini, Hati ini kena tabah dengan setiap hal benda yang dilalui. 

Aku hanyut dengan kerja, yang kadang kala aku ambil sambil lewa, buat tak tahu bukan kerana aku tak tahu, tetapi aku mengagung-agungkan rasa malas dalam diri aku, Dan silapnya ugak aku terlalu fokus dalam membuat kaian sehingga aku lalai mencipta objek yang menarik. Ah, terkilannya aku.

Semester ini, tersangat sangat lah aku tidak berpuas hati dengan karya aku, sungguh, tidak tahu bagaimana aku ingin mengungkapkan kata kata ini. Aku tidak pasti apakah yang terjadi.

pasrahnya aku dengan ketentuan ini. lagi dua hari final projek akan dihantar, aku gusar, aku panah. aku takut menghadapinya, kerana aku telah meletakkan harapan yang tinggi untuk subek ini, aku sungguh takut akan kelukaan yang bakal aku cipta sendiri. Aku hanya mampu tersenyum dihadapan manusia. 

Aku bersungguh sungguh untuk mendapatkan yang terbaik , tetapi aku sudah kehilangan kaal untuk memperbaikinya disaat akhir,

Ya Allah,bantulah aku, bantulah hambamu ini .
aku inginkan kesempurnaan disebalik karya juga research aku itu.

semoga isnin nanti memberi kebahagiaan kepada aku.

:)

life is a journey, really a journey.
sometime you should redha.

#hope i will be 'me' in my work.

11 Januari 2013

Simpan Lagu Dalam Poket

Assalamualaikum.

bila masa rasa tidak tertanggung. Disini tempat untuk diekspressss rasa hati.

bila melihat
senyuman yang terukir
senyuman yang terpamer
secara tiba tiba
tanpa disuruh
tanpa dipaksa

apakah rasa ini,
yang mungkin memakan diri sendiri
malu dengan realiti
kawan kawan memerhati
segan ingin dikongsi rasa ini
takut memalukan diri sendiri

terkadang rasa begitu,
ah... lamunan !
hanyut sahaja dibawa angin
merosakkan pemikiran
hendak memikirkan tentang itu
yang tiada awal dan akhirnya


Itulah Sayang


melayan lagu ini berjuta juta kali (bohong) . Nak dengar sampai lebam.



09 Januari 2013

Seramik Kreatif

ini yang aku belajar semester ini.

apa yang aku rasa bila dah nak habis semester ini tentang subjek ini. Seriusnya aku blur sedikit sebab lecturer selalu tak ada, dan aku tak boleh nak salahkan lec sepenuhnya sebab pelajaran ini bergantung pada diri sendiri jugakkan, kalau rasa nak pandai lebih tu, stay la dekat library dan pulun lah segala mala buku yang berkaitan dengan subjek itu.

belum siap sepenuhnya. Sebab kee ini memerlukan ketekunan yang gila gila. 

dan aku dengan bangganya dah dapat mengenal pasti masalah dan punca utama. Dan ini akan memudahkan aku buat degan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Air Asia,10 000 tempat duduk percuma?

assalamualaikum,
salam satu malaysia.

haha. ni ha yang dok kecoh sangat pasai tiket murah,tiket murah, apa kome dok sembang pun aku tak faham, tapi bila dah orang post sana sini, google translate bagai, aku mulalah faham sikit-sikitkan, Then, nak jadikan cerita aku pun pergilah usha web air asia. pergi cek harga tarikh aku balik tu.

AKU MACAM NAK JERIT KUAT KUAT.

sebab ?


okay. Sila gambarkan perasaan. :)

itulah nak menyesal pun. NASI DAH SELESAI JADI BUBUR.

anggap je tak de rezeki .

WAH,positifnya aku.

untuk pengetahuan, Offer ni buka hari ini je, besok dah boleh cakap BYE2 dah. So,sape sape yang free tak kira masa tu bolehlah duk usha usha tarikh mane yang free, then pergi le melancong, Walaupun dalam negara sendiri.





05 Januari 2013

my ambition is



السلام عليكم

selamat sejahtera awak awak semua.

macam mana hari ini? sehat? jauh di mata dekat dihati
*macam nak tulis karang tak rasmi untuk kawan yang jauh di mata pulak ek?

abaikan...

berbalik pada tajuk aku di atas tu, ambition a.k.a cita-cita.

mengimbau kembali zaman kanak-kanak

masa tu umur aku dalam lingkungan 7-9 tahun la kan, hobi masa umur umur macam tu, lepas balik sekolah je terus pergi main, masa tu mana ada sekolah petang lagi kan,urm...maksud aku sekolah agama(kan waktu petang). So,balik balik salin baju terus jerit "mak,angah nak keluar main" (*lebih kurang macam tu la,dan setiap hari pasti ayat yang lain keluar).

dah nama pun duduk kampungkan, pasti la muka ni semacam comot gila kentang. Eh,lari pulak dari topik, kan tadi dah habak nak cakap hobi masa umur 7-9 tahun tu kan?. haaa..waktu tu selalu main cikgu-cikgu, pengantin-pengantin, kejau-kejau a.k.a KEJAR-KEJAR, dan etc.

bab main cikgu-cikgu tu la berangan, kalau masa tu aku jadi murid, cikgu olok-olok tu pasti tanya,

 cikgu olok-olok: AZIAH,DAH BESAR NANTI AWAK NAK ADI APA?."

haha... aku jawab

aku: DAH BESAU NANTI SAYA NAK JADI
-doktor
-cikgu

kan?kan.... aku rasa kebanyakan budak-budak,masa umur macam tu cita-cita dia mesti lebih kurang sama ja, tapi bukan semua sangatlah.

bukan setakat main cikgu-cikgu, masa kat sekolah pun cikgu betul-betul pun dok tanya "awak nak jadi apa dah besar nanti?" .

jawapan, mesti nak gah,lebih senang cakap semua nk jadi orang yang bekerja bidang profesional la.

BILA DAH UMUR 20an ni...

dah dapat bidang masing-masing,barulah tahu mana nak pergi,apa nak jadi. Tapi kena ingatlah, kita sebagai manusia ini hanya mampu merancang e,selebihnya, kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

DESTINASI AKU?....

aku budak art a.k.a budak fine art. Orang akan tanya aku nak jadi apa nanti, ada kerja ke..

aku jawab in sha Allah,kalau ada rezeki pasti ada kerja untuk aku nanti.

adakah ini jawapan yang menunjukkan seseorang itu kurang yakin?(aku sendiri pun tak pasti,sebab aku percaya,kalau kita dah berusaha,lepas tu berdoa,ada rezeki yang bakal menunggu kita nanti, walaupun bukan dalam bidang yang kita belajar, kerana rezeki kita kan dah ditentukan, anggaplah apa yang kita belajar di IPT sebagai bekalan ilmu untuk kita survive dalam bidang pekerjaan nanti.

oppssss,kalau boleh banyak lagi aku nak cakapkan pasal cita-cita ni, tapi agak kekangan masa untuk menaip ini,sebabnya aku sedang mencuri waktu belajar,NICE KAN?

hope you will get what you want.

okai..see you again my lovely blog.




03 Januari 2013

Kekasih Gelap

assalamualaikum
selamat petang.

Tajuk yang tak boleh bla...bla..bla..blaa

lumrahlah dalam kehidupan ini perasaan ingin disukai dan menyukai. Asalkan pandai kawal diri dan perasaan itu. Nak nak sebagai seorang remaja lagi ha, Mana taknye,life kat universiti yang hari hari hadap ratusan manusia lalu depan mata, tak ke meroyan *statement aptb  

Jenis aku kalau dah suka seseorang 


  1. cari facebook : kenyataannya kalau mencari je kerja memang tak kan jumpa,dan akan berjumpa bila kita tak mencari sesuatu itu, inilah kehidupan benda yang kita kejar memang payah nak dapat,benda yang tak dikejar tu kadang kadang ada depan mata.
  2. Stalker habis-habisan: lantaklah pada orang nak kata atau cakap macam mana pun,kita bukan buat salah pun, kalau boleh aku nak tahu pasal dia,maksudnya background dia lah kan.
  3. buat keputusan : kalau hasil dapatan itu mendapati si dia bukanlah yang dicari,cuba tinggalkan rasa suka tu tepi tong sampah. 
  4. tapi kenyataannya,nak hilangkan rasa suka pun payah jugak.
  5. caranya: buat terapi diri dengan buat solat sunat waktu malam,lepas tu baca ayat suci Al Quran.In Sha Allah, tak banyak sikit pun kita dapat lupakan orang yang disukai secara senyap senyap itu .
  6. ini cara aku.
ini merupakan post berani mati aku,dimana mengeluarkan kenyataan tentang rasa suka aku tu, annoyingkan? itu bukan masalah besar sangat sebab aku yakinlah sangat yang bukan aku sorang je rasa macam ini, cuma blog aku ini lebih pada personal,jadi kalau rasa macam tak suka tu just go lah dari sini.



02 Januari 2013

Rahsia Bulan Januari

assalamualaikum.
selamat malam.

januari,
aku berbicara sendiri
tentang apa yang diperkatakan aku tidak pasti
ia menyeluruh
merangkumi jangkauan minda
akal berpusing,
menari mengikut irama dan lagu didendangkan
rentak yang diseragamkan
alunan yang mendayu
ah,
aku hanyut lagi dalam kesesakan nafas dunia
dunia sementara

apa yang ditenungkan
dibayangkan,semua sudah berlalu
yang lepas tidak mungkin kembali
jangan kenangkan dahulu
jangan nantikan hadapan
lalui sekarang
ia cabaran
ia getaran
ia cetusan
ia rangsangan

jangan hanyut lagi
fikirkan rentak yang dirimu
hidupmu ke arah mana
21 tahun sudah pergi
meninggalkan sejuta realiti

januari,
ini kali ke 21 kali,
aku berjumpa dirimu
yang depan aku tidak pasti
adakah masih ada lagi

anuari,
aku anggap ini yang terakhir
supaya aku lebih menghargai setiap detik yang ku lalui
istiqamahkan diri
demi sebuah destinasi
yang ku impikan


#selamat di ulik mimpi.


my beloved gang!
4ever
in sha Allah


Pintu Terkunci Dari Dalam

Assalamualaikum.

permulaan 1 januari 2013 memang seronok tahap raja majapahitttt .

ceritanya macam ini, 31 Disember 2012 , 5 lebi macam tu bestie mese ajak pergi makan, waktu tu hujan hujan tak berapa nak lebatlah kan, aku yang sedang duduk buat final projek ni pun bersetujulah dengan ajakan mereka. Terkocoh-kocoh kerana diorang dah siap,cuma aku e yang tak bersiap lagi, GELABAG GELABAH, solat, siap siap lepas tu ambil payung terus je keluar sambil tangan gedik kunci pintu. Setapak maju ke hadapan, WAH! ini gila, aku lupa ambil kunci, macam mana nak masuk, pejabat dah tutup kot.

Redha redha. Pergi makan makan sat, dah magrib macam tu , kami orang baliklah, lepak rumah member sekejab, lepas solat terus pergi rumah aku untuk OPERASI PECAH PINTU. *sound like a errrrrrr ek?  . 

pendekkan cerita serabut ini. Ambil pemadam api yang warna merah tu kan? Tahu kan,hee~ HENTAKkan kuat kuat di tombol, MASYAALLAH,bergegau seh apartment aku tu, buat rilex sahaja, bajet macam senior sangatlah, kalau tahu dek felo memang sah kena tentang tang tu jugak.

Punyalah cuba banyak bayak kali tapi memang dah nama tak dak rezeki kan, Memang tak dapat bukak langsung,habis bagai guna kad la,dawai la, dah nama tak pro memang satu pun tak berguna.

Malam 1 jan tu tidur rumah member la gamaknya, layan movie sampai pagi buta, nak lepak kat ambatan cinta tapi memang tak dapat la,ramai geng duduk luar. Sodih sikit je.

Pagi 1 jan tu ingatkan pejabat bukak lah,punyalah semangat tunggu kat depan pejabat dalam 15 minit macam tu, tapi tak buka jugak, telefon mak,then cakap dengan mak. AKU PELIK, kenapa mak aku tak kerja hari ini! OPPPSSSS, cuti tahun baru lah kawan.

memang hebat,pejabat tak bukak, penyelia kolej tak jawab panggilan aku, apa nak buat .

THINK THINK THINK .

yes! idea berani nak mati sendiri .

aku panjat tingkap. GILA TAK SOPAN.


nampak tak yang aku tunjuk anka panah bahagian atas tu, yes itu ialah tempat yang aku gunakan untuk berpaut . Kalau aku tak pegang tu , mahu aku boleh teratuh dengan pijak atas papan yang sangat sangat tak kuat tu,OPPSS


papan yang ni yang aku maksudkan! pandai pandai lah korang baynagkan ye.

Itu jalan terakhir, sebab, ingatkan nak panat dari tingkap rumah orang sebelah, tapi langsung tak dak respond. Gila sombonglah. Malas nak layan. So ,cari alternatif diri, kalau jatuh mahu patah kaki wey...

#don't try this action beb.

Segunung terima kasih aku untuk member yang tumpangkan rumah dan bagi support masa aku panjat tu. Really appreciate it.

last from me : hidup ini kena berusaha memikirkan jalan untuk keluar dari masalah, kena bersabar, tapi dalam masalah aku ini, aku jenis takreti bersabar sebab takut work aku keras nanti dah tak boleh nak create apa lagi dah sebab dah keras. Yes, i know,kalau korang nampak aku time tu mesti akan berpersepsi burukkan,tengok perempuan buat ala ala pencuri,even sekarang pun korang baca entri ini akan berfikiran 2 3 macam. Its okaylah, :)




REBET RM200

assalamualaikum

am i happy ?

haha.hopefully anda anda anda yang cantik serta baik budi bahasa sihat sejahtera disamping insan insan yang disayangi. HAH? ada macam pengacara tak? *perasan.

okai, hari ini aku ada exam PREP2. erk? lambat bukan nak amik.. Disebabkan dapat band 2 je masa stp hari tu, maka bila tiba di u kenalah ambil PREP1, Redha redha zia oi. Doakan aku boleh jawab dengan lancar ye, sebab BI aku ini kurang,Hee~

dah,dah nak dok habak mai pasai rebet tu ha.

semenjak 1 januari yang lepas aku semangat gila nak isi form tersebut, tetapi nak cakap malang bukan, nak cakap kurang bernasib baik pun bukan. Ini mungkin disebabkan line internet aku slow, sebab tu tak boleh boleh isi borang tersebut, punyalah lama tunggu, loading satu hal, pastu keluar lak pop up cakap ape tah, siap dengan simbol simbol bagai, mana faham aku tah.

pagi ini kawan aku yang baik serta jelita telah mengeCHAT aku dan suruh isi lagi, TUP TUP boleh dah boleh dah. Mungkin semalam tu ramai gila serbu kot, tu sebab tak dapat nak submit.


credit to encek google.without him,who am i..
*haha

#syukurlah,RM200 pun 200 la kawan oi.


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI