assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

14 Jun 2012

Techno SERAM

assalamualaikum ..

ternyata exam technology seramik tadi sangat menggerunkan aku . seram sejuk ank tahu keputusannya nanti . berapakah agaknya ?

lepas je exam tadi aku terus membuka nota untuk melihat jawapan . entah betul entah salah yang aku jawab tadi .haha . kemudian turun tangga sampai ke level LG untuk meneruskan projek akhir yg hampir siap dah. dengan GLAZE yang belum dicampur lagi .


gambar ni saje je .. heee.
ni bukti sayangkan TAP


Dia Muslimah

assalamualaikum


ini cerita semalam bila aku dalam perjalanan pulang ~


dalam pukul 4 lebih , aku ke pavillion (name kafe kat UNIMAS) untuk keluar duit . tapi malang duit belom masuk lagi . :( its okay la , then jalan jalan jalan dan teruskan perjalanan sambil baca nota video art . Mase tibe dekat jambatan aku tertembung dengan seorang perempuan yang dari jauh dah tersenyum . aku ingatkan dia tersenyum dengan kawan dia kat belakang aku . tapi makin dekat dan dekat aku rasa memnag dia senyum pada aku lah . YAKIN ni ... sugguh! hee .. dah hampir dengan aku dia pun senyum lagi lalu memberi salam pada aku . Wah .. time tu aku rase macam nak pergi terus sebelah dia sambil menghulurkan salam perkenalan lah . untunglah dapat kawan dengan dia . cantik ,manis,sopan,tudung labuh . PERFECT pada pandangan mata aku . 


Pastu aku teringat pada ceerita sorang classmate aku ni *perempuan jugak . Sebelum tu , aku ank bagi tau yang kat sarawak ni tahap kepanasan dia sangat WOW . 


okay ,mulakan cerita pasal kawan aku yang sorang ni . dia berjalan seorang diri menuju ke kolej/ke kelas , dia tak bawak payung dan hanya berbekalkan tudung untuk memayungi kepalanya . Lantas apabila munculnya seorang gadis yang perwatakan seperti ceritaku diatas , melawan untuk memayungi kawan aku tuh . then , kawan aku tu macam sedikit terkejut lah *dalam hati ,baiknya dia* kawan aku tuh cakap bukan sekali  dia berjumpa dengan orang macam tu ,lepas tu dia ada berjumpa lagi , tapi ni dalam waktu hujan pulak . Bertuahnya badan dapat berjumpa dengan mereka mereka yang macam ni.


dalam hati terdetik nak jadi macam mereka . :) 


doa : semoga aku boleh jadi macam dia nanti.
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI