assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

27 Januari 2012

Dia Berpangkat Pada Aku

dia ,
aku tak kenal dia ,
dia buat gempak pada mula mula ,
mereka tercengang bila dia berlakon ,
agak real pada mata mereka,
aku turut serta jua,

lebih kurang lama ,
dia semakin dikenali antara semua,
yang berkuasa sering menyatakan ,
"dia berbakat,dia hebat"
aku hanya dengar ,dan ambil tahu tentang dia
oh ,yeke?

aku lihat hasil dia ,
ternyata apa yang diperkata ,
aku bukan suka dia,
tapi aku suka kerja dia ,
boleh menjadi idola antarabangsa ,
bukanlah , cuma idola sahaja,

bila aku menyapanya ,
dia kelihatan cool saja ,
memang begini dia ni .
aku beranggapan pada diri sendiri

ayat ayat dia ,
berguna untuk aku guna ,
aku boleh terkaku bila dia guna ayat berilmu ,
humble perwatakannya ,
aku akan berjumpa dia tidak lama
dia akan bawa haluannya,
dan aku masih meneruskan agenda aku,
meneruskan pelajaran hingga 5waktu ..

beza aku dan kau .. beza kau dan aku !

sesetengah kali merasa iri hati ,
kasih syg yang diberi tidak mencukupi ,
itu fikiran sendiri ataupun hakiki ?
ia memang tidak pasti ..

sedetik kali sayu hati ini ,
bila dia tidak memenuhi kehendak hati ,
bukan meminta yang melebih lebih ,
cuma sedikit keperluan diri .

hati ini menjadi lali ,
untuk seperkara  yang dihajati ,tidak dipenuhi ,
lantas , diri terbiasa lalu menjadi besi ,
untuk perkara perkara yang biasa ,
aku hanya gelak tak kira masa ,

macam budak budak !
aku dah rasa , aku tahu ..
aku tak macam kau ..
aku tak sebiasa kau ..
aku tak mahu jadi kau ..

biarlah ...
diri aku ,rahsia aku ..
aku simpan masuk dalam batu ..
kau apa tahu ..
kau dan aku 2 dunia yang berbeza
kita berjumpa baru sekejab saja
jangan banyak bicara ,
silap hari silap bulan kau menyesal..
kata kata kau , kau ambil kau jilat semula ..
aku kata "padan muka "
bukan sekejam yang disangka ..
aku cuma mahu ajar dirinya saja ..



p/s : menaip sepantas bicara .madah yang bersisa hanya rekaan semata mata ,kadang kadang baru berkait sama ..jangan hairan jangan pelik .. diri terasa bahagia bila berbicara apa apa
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI