assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

21 Januari 2012

IKAN BAKAR ALA KASSIM


okay yang atas ni namanya pemalas dan nak cepat .. 
kol 8 lebih tadi bertolak ke alai .. along balik n belanja ..


ikan bakar popular kat area aku ni .. malam ni tersangat lah ramai orang dek kerana nak raya tahun baru cina kan ?
biasanya kalau malam malam berdekatan dengan perayaan ni orang ramai balik kampung dan secara sukanya mereka meroyan royan datang ke tempat makan ikan bakar ..

GAMBAR kat atas tu *family aku dan makwe aku*

makwe=nenek

malam semalam adik aku touching sebab permintaan dia tak dipenuhi . plannye lepasmakan tu dia nak main bowling , tapi tak jadi ,kesudahannya makan sikit then buat muka .


ni siakap bakar , sempat amik gambar ni je 

menu semalam :

jenak 3rasa
jenak sweet sour
siakap bakar sambal
siakap bakar kosong
sotong goreng tepung
kupang sambal
nasi lemak
fresh oren 2 jag

tu je .. total makan satu family rm163 ..



PERPISAHAN > jauh dan dekat

bila aku jauh aku aku rasa mahu dekat disini
bila aku sudah disini aku mahu kesana .
ikatan yang terjalin akan membangkitkan rasa , rasa yang sukar untuk ditafsirkan ,
mungkin kau juga sama , rasa seperti apa yang aku rasa ,
aku disana dapat apa yang aku mahukan selama ini .
mengharapkan kasih insan bergelar kawan . aku rasa bahagia , bahagia yang sukar untuk diterjemahkan .
apa jua yang berlaku kelak akan ingati segalanya ,
kerana setiap detik kita aku sempat merakamkan memori indah .
akan aku cetak menjadi album kenangan ku ,
mungkin kau kata aku terlalu obses , tapi aku peduli apa ?
biarlah , kau dan aku tidak mungkin sama , merasa apa yang aku rasa ,
aku selalu berharap ia kekal sebagai apa yang sekarang ,
setiap orang yang berbeza , setiap tingkah yang aneh , setiap latar yang berlainan itu yang mencorakkan dunia kita ,
hiburan kita tatkala ketandusan idea intuk berceritakan ?
aku memang gila jika berbicara tentang yang ini ,
aku sayang akan ikatan ini ,
kau utara sana , kau borneo sana , aku setia diselatan dengan perasaan yang sama .
kau lihat aku sebagai kayu ? kau lihat aku sebagai batu , tapi
aku akan patah aku akan pecah jika aku tidak mampu melawan badai yang telah tersedia ..
iya benar ayat aku bagai nak gila , biar aku sahaja yang mengerti , biar aku seorang yang merasa ,
kau duduk disitu diam diam fikirkan saja apa yang bakal terjadi pada hidupmu kelak .


sekadar mengisi masa yang ada ,
عزيه روسلي,

Trip to Annah Rais

annah rais , rumah panjang .. aku dan classmate stay sini 2hari1 malam je .. nak masuk sini kena bayaran la .. Rm90 setiap sorg .. kami pergi sini bukan atas dasar suka suka .. kami pegi sini sebab assignment basic photography ..
apa apa pun trip ni telah membuatkan kami fine art bersatu lagi ... so sweet ..


disebabkan aku bukannya seorang photographer yaang baik inilah segala hasilnya .. apa yang penting kat sini mmg best


banyak laluan yang menggunakan titimcm ni



ni briefing sikit pasal tempat ni ..


ok ni aktiviti menari k .. kami dijemput menari sekali ngan penari tu .. malangnya aku xde gambar2 yang kami menari same .. yelakan aku pun sibuk menari.. sape je yang nak amikkan gambau ..



okay nantikan part yang setrusnya ye ..


i love sarawak ...




kesusahan vs kesenangan

hidup 
memberi 1000 erti kepada kita 
segala yang terjadi sudah tercipta sendirinya , 
aku tidak meminta apa apa kecuali kebahagian hidupku , kesenangan dan kesusahan itu mengajar seseorang menjadi lebih dewasa lagi . apa lagi yang mahu ? nyawa telah diberikan kepada kita , sepatutnya ucapkan terima kasih harus dikeluarkan kerana dapat merasai nikmat dari NYA  . aku bukan memarahinya ,aku bukan menyakitinya , sesungguhnya aku tidak faham dengannya , walaupun usia aku berbeza dengannya . aku mahu dia faham tentang kewujudannya di sini . aku selalu memanjatkan doa agar mereka berubah , berubah demi kebaikan bersama . aku kelihatan gembira sehari harian , aku ceria di samping orang , padahal aku memendam rasa dan aku hilangkannya dengan deraian tawaku , aku hilangkan dengan lawak jenakaku , siapa yang boleh faham aku , kalau bukan aku sendiri , aku rela memandang orang lain dengan 1000 rasa , aku hanya mampu melihat dan aku tidak mengharapkan aku dapat seperti mereka , tetapi aku berusaha sendirian untuk mendapatkannya . kadang kadang aku lupa padaNYA , aku lupa bahawa DIA lah pendengar setia segala masalah ku , aku lupa bahawa DIA akan memberi pertolongan kepada hambaNYA yang terus menerus berdoa kepadaNYA . aku terleka dengan duniaku . apa lagi yang perlu aku buat ? aku bingung . dan terasa kosong jiwaku sekarang , mereka mereka terasa kebahagian , sedangkan aku ? aku ? .. sik tahu lagi mahu madah apa . aku mengharapkan mereka nampak jalan yang lurus jalan yang benar ,  aku sayang mereka , aku mahu seperti apa yang aku lihat , aku mahu seperti apa yang aku nampak . aku tidak mahu terseksa begini , aku lebih rela berjauhan , bukan kerana lari dari segalanya , bukan kerana aku tidak sayang pada mereka . tetapi aku mahu mereka ringan tanpaku yang ketika ini memerlukan itu dan ini . aku tidak mahu mereka susah keranaku . cukuplah , bukan aku meminta simpati ,aku hanyalah aku yang mempunyai hati dan perasaan . 
cukuplah cukuplah, tidak perlu memahami , jika terasa runsing memikirkannya.

3 orang tumpas dengan sebuah kereta ?


okay 1st think 1st ... GILA ! ape saje perasan korang bila tengok video kat atas tu .. wah .. serius mak takot nak oi .. berlaku dalam negeri sendiri plak tu ..

apa nak jadi la ye ? peraturan jalan raya dibuat main ..  ape kejadahnye yopp .. kalau iye pun nak cepat tak kan la sampai macam tu sekali .. tengok ? di sebabkan kesilapan diri sendir orang lain yang menjadi mangsa .. so sweet!

ni kisah beberape hari yang lepas .. 15 jan .. tapi aku je yang lambat nak tahu kan .. baru hari ni berkesempatan nak tengok ni ..

p/s : wahai sekalian manusia .. beringat ingatkan sebelum terkena .. ingatlah orang yang tersayang ye ..

Kuching to johor to melaka

long journey...
okay , ini cerita pasal kepulangan aku ke tempat lahir ku . 1st time . with moon . urm boleh di kategorikan macam bdk senget tahu ?

begini ceritanya , pada suatu malam sehingga lewat pagi aku tidak tidur semata mata menunggu hari esok ..  tetapi malang aku tertidur jugak akhirnya lewat jam 3pg dibilik 24jam kolej aku sambil ditemani oleh kawan kawan .

sebenarnya ini kisah tanggal 19 januari tau .. disebabkan semalam aku tak boleh online jadi terpaksa tangguhkan cerita ni ..

kisah sebenar semasa berada di airport

sebenarnya sedikit banyak memalukan .. tapi sebab nak share jugakkan .. pengalaman pertama seumur hidup aku dan moon ...

okay , bermula dari sini ....

pepagi bute tu aku dan moon dah tercongok kat tannga sambil menunggu abg yang nak hantar kami ke air port tau .. sesampainye abg tu .masuk ke kereta dan kereta bergerak !=p . abg tu sedikit terkejut kerana barang kami tersangat la sikit , budak sem 1 balik dengan tak bawak balik beg besar .. ok fine abg driver .. dalam perjalanan tersebut keadaan begitu sunyi dan sepi sekali tau .. yang kedengaran hanyalah suare DJ radio yang bising tu dan lagu lagu yang diputarkan .. tiada senada suara pun .. aku dan moon mendiamkan diri sambil memasing pandang ku luar tingkap . mungkin memasing sedih tinggalkan kawan yang lagi tiga orang kat kolej tu .. 

sesekali kedengaran suare abg driver tu bertanyakan itu bertanyakan ini .. kami hanya menjawab apa yang ditanya jak .. setibanya di airport hati mula goyang sebab dun know ape ape pun weyh .. alamak ai .. tercanguk jab kat tempat duduk tu kan .. pergi kat mesin abg smart tu dan tanya la .. sebab lau tak tanye nanti sesat jalankan ? tanye la .."bang tanye sikit boleh,apa saya perlu buat ye?*sambil menunjukkan selai ketas pembelian tiket tu" abg tu pun terangkan bagai dan kami pun duduk balik .. sampai kat sane punya la awalkan .. 730 kot ..padahal fly kol 1030 .. ok fine dalam keadaan kelaparan tu duduk je aa yang mampu .. nak beli makanan kat sane jangan harap .. mahal ! haha.. tapi beli jugak akhirnya .. 

malas la nak membebel panjang ..t bosan pulak org bace

ok aku dan moon bawak terlebih beg .. dalam 3 tau .. kami tak beli luggage pun kan .. sebab konon konon barang sikitkan .. ok aku dengan sekotak kek lapis yg pada aku besar tu .. beg dah penuh kot dua dua tu .. di pendekkan cerita .. setibanya di tempat cek in ..  ade sorang sis dan bro jage situ entah ni nak kasi ape tah name nye ..aku bukan tahu sangat pun .. then? akk tu pun bersuare dengan lembutnye .."adik ... ni tak boleh macam ni ,dah terlebih ni .. kita hanya benar kan bawa dua beg je dik.." "okay kak" .. ok ..cuba fikirkan ye .. bagaimana caranya nak bawak masuk lapan kek lapis dalam beg yg dah agk penuh? haha .agak jenuh jugakkan nak fikir ! 

teringat katakata kawan aku "usaha tangga kejayaan" baiklah berusaha gigih untuk memuatkannya .. lastly , full gila nak mati ooo beg aku tu ..seb baik tak koyak beg aku tu tau .. yang memalukannya .. duduk berdekatan dengan bro and sis tu untuk muatkan brg2 yang terlebih tu .. hahah ..orang lalu lalang sambil memerhatikan gelagat kami berdua .. dalam fikiran "lantak lah , diorang bukan kenal aku pun" .. lebih kurang dua kali gak la p kat diorang tanye "kak ,dah tak muat ni ,boleh tak bawak masuk beg cmni?""tak boleh la dik ,adik kene faham tugas kami kat sini""okay kak ..okay .kami try lagi okay "haha ..memang terserlah kesengalan itu ..akhirnya berjaya melepasi mereka berdua .. kini tiba giliran pak kastam tu pulak tok cek barang dalam beg ! leceh kemain lagi kan .. kuarkan laptop katenye .. ok fine .. laptop dalam beg yang dah penuh tu .. nak kuarkan balik ? bestkan ... pas scan  .. jalanla pulak ke kaunter makcik  imegresen tu .. tunjuk dpt .. ic .. boarding pas .. lepas .. jalan menuju ke gate .. orang memg dah ramai depan tu .. cari port selesa .. duduk dengan moon ... 

tiba tiba , abg hensem yang bertugas tu pun panggil la suh penumpang masuk flight kan .. sebelum tu tunjukkn si boarding pass tu dulu .. dah sume org nak bagi mmg kene beraturlah kan .. haaa , dalam dalam beratur la ni moon dapat cari sorang member .. hahah .. depan moon ada sorang gurl yang kecik molek ni kan dari u yang sama ngan kami  ,moon pun mulakan keramahan dan kepetahan dia untuk berbual bual .aku hanya mendiamkan diri je ..sebab tak tahu nak ngomong ape kan .. kenal punye kenal dapat la moon usha dia untuk bawakkan barang sikit ..sebab takot kene tahan dengan pramugari/ra kang .. bdk tu mcm nak xnak je ,tapi sebb moon dah wat muke kesian die tu ,bdk tu dengan baik hati pun bawakkan la sekejb ..*aku tengokmukebudaktumacamtakikhlasje*haha..

okay ..penat la nak cite lagi .. hee~





ok .. muka toye habissss!!!




*p/s :okay .. pendekkan cerita..
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI