assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

18 Januari 2012

seni halus itu indah


dapat mesej pukul duabelas lebih nak dekat pukul satu ., mesej from 15888 .. ANDA DITAWARKAN PROGRAM SENI HALUS DI UNIMAS *lebih kurang macam tu lah kan* .. hari jumaat yang lagi indah tu aku tersenyum sendirian kerana akhirnya aku ditawarkan juga ke universiti .. kiranya hasrat dan cita citaku tercapai jua ..

*imbas kembali*

ok . dapat program seni halus kan .. serius sekali aku tidak pasti apa itu seni halus .. halus sangatkah nanti aku kena lukis .. mesti banyak yang guna tangan .. dan yang pastinya ramai orang di sekeliling mahupun disekitarku mengatakan "apa yang ko amik ni? boleh dapat keje ke lepas habis belajar nanti ? 'ala senang je lukis lukis ni ' ...

kenapalah manusia ini senang sangat hendak menilai sesuatu benda itu ye ? cuba fikirkan jika seseorang pelajar yang belajar 'arkitek' , adakah jika selepas habis belajar nanti mereka akan mendapat pekerjaan dengan mudah ? OK ! cuba bayangkan pula seorang pelajar seni , adakah dia akan mendapat pekerjaan dengan mudah .. mungkin akan kata rezeki yang menentukan segalanya ..TAPI cuba fikirkan jika seseorang pelajar itu belajar dengan gigih dan melengkapkan dirinya dengan ilmu yang diperlukan pada masa kini *dalam bidang masing2* adakah mereka masih tidak mendapat pekerjaan ? 

mungkin ada yang tidak faham dengan penulisan aku tu .. hahaha biarlah .. aku faham pun dah cukup ..

_______malas nak bebel banyak2 pasal tu kang pening pulak korang nak bace________


ok berbalik kepada niat utama penceritaan ,kiranya ini isi penting lah selepas introductionyang panjang berjela tu .. GAMBAR yang dekat atas tu ialah hasil pertama aku dalam dunia seni tau .. painting 1st tu ... memang cikai gila la ..sesuai sangat la dengan markah yang diterima kannn ...

memang susah benar nak tiru karya yang sebenar tu .. aku guna arkilik .. tapi en Y cakap lebih baik guna oil paint ... kemalasan aku yang membuat lambat ni telah memaksa aku guna arkilik ,kerana ia cepat kering ...

untuk sem depan ? apa major aku pun tak tahu .. semoga dapat apa yang aku inginkan ...amin..

ساي  سايع اوق....
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI