kepuncaan yang melibatkan aku untuk buat blog ni setelah sekian lamanya sebenarnya ..sebelum ini aku sudah ada blog ..dan terbehenti untuk blog yang tu sebab tak memberi komitmen langsung ..
keterujaan lagi untuk membuat blog ini kerana aku yang suka meluahkan rasa hati ini dekat media elektronik macam ini .. keghairahan yang begitu tinggi untuk menekan nekan abjad abjad yang sudah tersedia depan mata ..
memang kepuasan yang tidak dapat digambarkan pabila apa yang dirasa telah pun tersemat indah dalam ruangan post ..untuk blog yang ini memang ingin menjadi diri sendiri ..menaip apa sahaja yang dirasakan ..
tidak perlu mengikut dan meniru segelintir orang ..bukan untuk menjdi popular seperti BEN ASHAARI .. bukan juga ingin ramai follower seperti beliau .. tetapi cukuplah jika ada yang sudi menjengah dan membaca dalam setiap ruangan yang dipersembahkan ...
THEN 5 BELOG YANG TERAWAL ?
serius la sangat aku memang tak kenal blog baru .. sebelum sebelum ini kalau aku beronline je for sure aku akan buka blog blogger yang gah name diorang ..hahaha ..bukan apa tetapi aku memang suka bace blog beliau ..contoh macam
untuk yang kali ini aku akan follow kepada blog yang betul2 aku suka baca sahaja ... sedikit kejam .. kan? tetapi itulah hakikatnya ..apabila banyak yang aku follow makin banyak yang aku tak baca .. biarlah kuantitinya sedikit asalkan mendapat manfaat yang seadanya...
سكيان اونتوق كالي اين