assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

28 Disember 2012

SATOK dan WATEFRONT


ini ialah pemandangan di water front. kenapa aku dan geng pergi sini? sebab time ni nak balik semenanjung dah untuk cuti sem, jadi kami orang pergi sini untuk beli kek lapis wa ikan terubuk masinlah kan.


kalau nak pergi beli itu semua kena lah seberang dulukan? jadi nye inilah kenderaan yang paling sesuai untuk pergi sebelah sana. Murah je pon, kalau nak naik kena bayar rm0.50 . mampukan? kan? kan? sambil sambil tu dapat menikmati keindahan sungai ni. Eh korang jangan risau tiada BUAYA pun . Selamat pergi selamat balik . In sha Allah.


sedang kami lepak lepak lepas beli kek lapis ni. munculla seorang pakcik ni, jual kerepek, kawan kami yang sorang tu dah buat muka blur, eh nak beli ke tak nak beli ke tak. konfius konfius..
last macam terpaksa beli tau . Gila mahal! pastu sikit.


ini pulak di SATOK . datang datang je time tu ada pertunjukkan ular bagai. Tak usha sangat pun, Layan layan macam tu je.



dah puas jalan , usha gelang pulak. Memang hasrat datang sini nak beli gelang banayk bayak . nampak macam tamak kan? apa tak tamaknye murah lah sangat harganya . RM1 :) 
ha ha yang baca entri ni mesti nak satu kan?


my gang . lagi tiga lesap . Sweet tak? tapi kadang kadang ada sour jugak. 



jalan jalan di pasar satok ,ternampak PISANG . oh myyyyyy FEBRET tu .. apa tunggu lagi kami pun belilah. GILA MURAH. tak de lah maksud aku mpisang tu murah jer.
NIKMAT sangat


dah kenyangkan? Minum minum air ...





MATANG FAMILY PARK


Budak budak UNIMAS kalau yang tak penah pergi sini nampak macam pelik pulak. Ini antara salah satu tempat kunjungan student time stress ataupun time untuk berseronok dengan rakan-rakan tercinta. Banyak gamabr,tapi mana perginya tah.

kami orang pergi dekat sini untuk bersuka ria, dan merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Aktiviti paling best time ini ialah tahan nafas dalam air !

kahkahkah.. ada dua orang makcik tu ketawa je tau, aku fikirkan ketawa sebab apa, PUNCAnya ialah apabila makcik tu ketawakan aku.

SEBAB!

geng aku kenakan aku, sebenarnya diorang tak masukkan kepala dalam air pun. eeeeee,geram gila masa tu, sampai hati. Tapi fikirkan kawan,redha jela. Macam-macam ragam diorang ini.

love.love.love.


Throwing Test


assalamualaikum...

terkejut ! waktu aku bukak blog Fatin Liyana ni. Tengok jela follower ramai gilak. Then, visitor yang datang fulamak. Boleh pengsan aku lah. Ramai benau tu. Memang betul betul famous dia ni. Pakej pakej.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini done bayar duit kolej. For your information ini hari merupakan last date untuk bayar yuran, Hebat tak hebat, Ini semua kesalahan aku, lambat lambat, tanggug tangguh , last last susahkan parent jugak.

Okayla,sem depan tak nak buat macam tu dah.MEMALUKAN!

lepas saja bayar yuran kolej tu, aku terus gerak ke bengkel kesayangan pelajar seramik. Oh ya,lupa nak ambil gambar bengkel tu, Kalau tidak dapat tunjukkan kat reader yang singgah baca entri ni. TUJUAN pergi untuk siapkan segala work+projek akhir untuk subjek seramik hibrid dan seramik kreatif. DUE DATE hantar projek? seriously kmai semua tak tahu sebab lecturer tak bagi tau apa-apa pun, kami orang kena get ready jela, datang kehendaknya nanti lecturer nak work, kalau tak siap bakar lagi nak hantar apa je ye?


ini lah gayanye projek akhir ini, kena bermain dengan mesin. Ya Allah betapa sukarnya kau nak master buat throwing ni. Dan betapa banyaknya kalinya tak jadi buat guna mesin. No choice! by hook or by crook mesti belajar . lain hari aku uploadkan gambar pot yang aku nak buat tapi tak berapa nak jadi .

okay, tapi gambar dekat atas tu sebenarnya masa ujian buat SILINDER. hahaha , adakah patut EN AWANG pilih aku buat silinder dengan student yang terrer terrer. Aku yang kerdil ini hanya mampu terima dan redha saja dengan kehendaknya, buat buat buat last last siap jugak silinder kau, tapi tak menjadi sangat sebab tak tinggi macam encik nak.

Then, encik boleh pulak cakap AKU NI GANAS. sebab? masa aku nak CUT silinder tu letak atas papan, aku punya silinder tu nipis sangat , dan disebabkan itu BOCOR la tapaknya..

okay cerita panjang panjang nanti orang kurang faham,kurang gambar lah.....

nanti kau cerita lagi ye.. :D



27 Disember 2012

Ibubapa Memang Mementingkan Hal Anak-anak

assalamualaikum..

kenapa dan mengapa?

alhamdulillah,aku bersyukur teramat sangat kerana memiliki ibubapa seperti mereka yang tak jenuh melayan kerenah aku sebagai anaknya.

bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka.


setiap langkahmu ingatilah mereka, doakanlah kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat. Janganlah merosakkan kepercayaan mereka

in sha Allah aku akna menjadi anak yang berguna.


ini mak ayah aku..

sayang sayang sayang....




Betul Ke Bohong ?

assalamualaikum

ha ah, apa yang betul apayang bohong le tu .

Jawab satu soalan boleh ?
Bagi pendapat anda tu boleh ?


APA PENDAPAT ANDA,JIKA SOALAN YANG ANDA BAGI PADA KAWAN-KAWAN ANDA, KELUARGA ANDA, PADA SESIAPA JE LA, DIBALAS DENGAN SOALAN BALIK.

Any Idea ?

simple right ... 

i got jawapan yang tak masuk akal bila post benda ni di facebook. 

hope u all jawab dengan ikhlas lah ek?





26 Disember 2012

keliru dengan setiap makna

assalamualaikum

apa yang aku fikir aku mencari. sama ada lamabat atau pun cepat dan sebaliknya.

sekarang ini aku sedang bergelut dengan projek akhir untuk semester 3. untuk subjek seramik hibrid dan seramik kreatif . Ya Allah hanya tuhan yang tahu betapa aku terlalu memirkirkannya. Mungkin orang akan kata yang aku ini terlalu complicatedkan proejk tersebut tetapi aku ambil ini sebagai persediaan untuk menghadapi PROJEK TAHUN AKHIR a.k.a PTA a.k.a FYP .

jadi , la ni aku konfius dengan ragam untuk memulakan projek . Seperti sedia maklum untuk menjadikan artwork itu hebat mestilah mempunyai content yang cemerlang . Ya , yang tang content tu la aku serabut . Bagaimana hendak menceritakan konsep . Sebelum itu apa yang kau faham tentang konsep? apa yang kau faham tentang idea. bagaimana untuk ko cari konsep tersebut ? ya pasti yang membuka dan menbaca entri ini akna merasa cepat bosan . Sebab ungkin kamu tidak faham apa yang aku cuba sampaikan melalui ayat ayat aku yang serabut ini . BETUL TAK?

metafora , kritikan, persepsi,kiasan........... inilah berkataan yang bermain main diminda aku .

aliran pertama

konsep : metafora
|
isu : pencemaran
|
idea : alam dasar laut
|
form : teapot
|
tajuk : sampah adalah racun dunia


idea dua

konsep : persepsi
|
isu : duit
|
idea : alam dasar laut
|
form : teapot
|
tajuk : bila mata berbicara


baiklah untuk idea dan form tu lecturer aku dah tentukan, jadi itu bukan masalah yang berat untuk memikirkannya. Ynag menjadi kekeliruan aku tu adalah konsep dan isu . KONSEP ITU ADALAH KETERANGAN BAGI SEBUAH OBJEK . DAN ISU PERKARA YANG BERLAKU SEKITAR KITA.

itu mengikut kefahaman aku sahaja.





22 Disember 2012

Berubah atau Perubahan

assalamualaikum


kenapa aku menulis tentang perubahan? sedarkah kita yang kita selalu menantikan perubahan terhadap diri kita ini. Pernah tak rasa nak berubah? Eleh tak yah tipulah... sejahat-jahat mane pun manusia tu. pasti dia pernah terfikir untuk berubah. Sama macam aku. Ke arah baik ke jahat? Fikir-fikirkanlah...

Tetapi adakah dengan perubahan kita nanti ada yang disalah ertikan? 
PASTI ada yang mempertikaikan dan mempersoalkannya kan?

untuk berubah ke arah kebaikan sebenarnya memerlukan keyakinan dan istiqamah terhadap perubahan tersebut. Kalau kita tidak istiqamah pastinya kita ini akan kembalik ke keadaan secara asalnya..

rugi!rugi..

jadi dengan sebab itulah. sebelum melakukan perubahan tersebut kita mesti memulakan dengan perancangan. Macam orang nak buat rumahkan? Nak bagi kukuh selama-lamanya pasti memerlukan arkitek yang excellent! ye dak?

kita perlu memPLAN dengan bagus seperti ..
  1. buat jadual aktiviti harian
  2. catit apa perubahan yang kita nak lakukan
  3. melihat ceramah ceramah,kuliah di youtube..
  4. baca buku berfaedah
  5. dan lain lain lagi yang anda rasakan bernas
# aku dipersimpangan....

jadi aku menulis ini untuk meyakinan diri aku yang aku boleh berubah...

ye..lagi satu , anda perlulah mencari rakan rakan yang inginkan perubahan juak ya ...




credit to mr google.


20 Disember 2012

Syukur

assalamualaikum

suka?

hari ini hati tenang . Tanpa maslaah yang kritikal.
syukur alhamdulillah
Allah Maha Adil.
Hari ini DIA beri kita sedih . Esok lusa pasti bahagia datang pula.
SYUKRAN.SYUKRAN.

dapat hidup dengan UDARA yang free.. nikmatnya sungguh tak terkata.
only "ALHAMDULILLAH" i can say everytime


16 Disember 2012

Buku Dunia Hari Ini

Assalamualaikum wbt

untuk sepetang ini aku berada di cais a.k.a perpustakaan universiti malaysia sarawak. Bukan gigih belajar bukan meratap buku semata-mata tetapi duduk menghadap journal dan mengedit report-report yang bakal kena hantar pada hari esok 17DIS. 

Pada ketika ini perut belum menjamah apa apa makanan lagi dek kerana terlaulu focus menunggu download cerita cerita 100% . rajin kan aku? betapa khusuknya.... 

tiada apa yang hangat untuk diperbahaskan pada hari ini ,kerana dalam fikiran ini ligat memikirkan kerja yang banyak.

haaa.yes.

dapat satu idea ! great great!

tentang tanggungjawab.

yes,bila kita ulang kembali ye. TANGGUNGJAWAB. Bila belajar di institut pengajian ni ,bohonglah kalau cakap tak pernah jumpe s'sleeping partner' . Aduhai ye pon , inilah gejala yang paling kritikal bagi pelajar. Ya, bukan aku seorang malah boleh dikatakan kesemua pelajar tidak suka dan benci makhluk macam ni . Betul tak . 

Membuat endah tidak endah je pada kerja atau assignment berkumpulan yang di berilkan. Seringkali ada sahaja orang yang perlu mengingatkan 'mereka-merek' ini untuk bertindak . Kadang kale ada yang kalis!maksudnya sudah bercakap banayk kali tetaspi masih lagi tidak bergerak apa apa kerja pun . Ya Allah , sabar jela dengan manusia spesis yang macam ini.

Iyelah kita belajar sama sama , nak grad pun sama sama , jadi jika diberikan kerja itu buatlah sama sama , baru lah berkat. Dalam menuntut ilmu di menara gading ini memang banyak sangatlah dugaan hidupnya. Cabaran yang paling kritikal sekali ialah masalah dengan pelajar itu sendiri . Bayangkan lah seseorang pelajar itu memang sudah sedia ada masalh yang ditanggung lalu ditambah lagi dengan masalah kawan disini . OMG . bertambah tambah la masalh mereka. ye dok ?

Bukanlah aku cerita ini menunjukkan aku seorang pelajar yang hebat . oh tidak sama sekali lah. aku hanya insan biasa yang masih mengejar ilmu untuk menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. tetapi sebgai manusia biasa aku punyai hati dan perasaan yang perlu di titikberatkan . 

sama samalh berubah kearah kebaikan.

segala yang khilaf datangnya dari diri sendiri dan yang baik itu datang dari ALLAH .

sekian untuk lewat ini.


15 Disember 2012

Sabar itu Indah


assalamualaikum

teringin sekali aku menjadi seorang yang sangat berbakat dalam bidang penulisan ini. aku inginkan aku seperti 'aku sedang bercakap' sama seperti aku menulis. Tapi bersyukurlah wahai saudari, bakat boleh di asah.

:)

pernah tak terfikir :

contoh situasi .

kawan mengajak anda ke Forum agama.

A: saudari,jom lah malam ini kita pergi ke forum,dengar cerita tajuk pada malam ini menarik,bincang tentang sihir,jomlah.

B: yeke? bagus jugak tu.

okay, diolog ringkas itu anda boleh fahamkan? ya,begini jika anda ialah orang B itu, pernahkah anda terfikir kenapa kaki anda melangkah kesana? pernah tak ? haaa mesti pernahkan?

ya. pensyarah saya pernah bagitahu kat kami, "kajilah setiap apa yang terjadi mahupun yang berlaku pada diri kita,pasti ada hikmah dan maksudnya".

Jadi,setiap perkara yang berlaku pada diri kita, tidak kiralah yang sedih ke, yang gembira ke, yang apa apa ke...
semuanya telah tersuratkan? jadi pastilah mempunyai maksudyang tersirat.

Kenapa aku tertarik untuk bercerita tentang ini ?

sebabnya, baru petang tadi berbual dengan seorang kawan baik, dimana dia telah bercerita dengan ana tentang forum yang aku tak dapat pergi kerana sibuk fikirkan final project. Terasa rugi pulak sebab tak join forum tadi, panel telah bercerita tentang SIHIR, menarik bukan?

apa yang dapat kau simpulkan untuk muhasabah diri aku ialah,

Dunia ini kan ,kalau kita kejar dia lari,jadinya semakin kita kejar semakin dia lari lah.Fahamkan?

cuba kita renungkan pada diri kita ini, banyak kesalahan dan kekhilafan bukan? pernah terfikir untuk ke arah kebaikkan,betul tak dan kita mencuba untuk meneruskannya,sesetengahnya berjaya sesetengahnya terkandas.
KENAPA?

sebab iman dan kejatian diri kita ini belum cukup gagah hendak ke arah itu.

BAGAIMANA?

cubalah berkawan dengan orang yang boleh membimbing kita,kelak pasti boleh terjawab segala persoalan.

AKU?

maaflah,terus terang aku cakapkan,aku bukan lah yang terbaik untuk diri aku,tetapi aku sedang berusaha memperbaiki diri aku yang banayk kekurangan.

marilah sama sama berubah ke arah kebaikkan,nescahaya DIA merahmati dan meredhai hamaba hambanya.AMEEN.

13 Disember 2012

Terpaksa GUGURkan kandungan?

assalamualaikum

para blogger yang dikasihi dan dimuliakan
pada hari ini aku akan membahaskan tentang PENGGUGURAN HARAM

belakangan ini, kes seperti ini seperti goreng pisang panas . eh ? pisang goreng panas. mana mana jela. Seperti menjadi trend pula di media massa memperkatakan soal ini, putar belit putar belit permulaannya ialah mausia itu sendiri.

apa yang aku cakap?

aku sedang membuat persediaan untuk perbentangan kelas prep 2. minggu depan kumpulan aku akan membentangkan tentang illegal abortion.Aku selaku orang kedua dalam kumpulan akan bercakap tentang faktor faktor berlakunya kes ini.

FAKTOR FAKTOR ?

aku sedang berfikir...


What The Problem ?

assalamualaikum.

ape kono eh zia oi, duk menghadap depan notebook ni sampai tak ingat dunia.

aisehhh...janganlah begitu,kelak kau akan terseksa menahan ngantuk. Pagi pagi bute ini aku duk melayan blogger blogger . seperti si gorgeous HANIS ZALIKHA dan bakal isteri MARIA ELENA .. Mereka berdua ini sangar superb la,Belum masuk FATIN LIYANA lagi , belum DENA BAHRIN lagi .aisehh kalau nak usha usha blog deme tu boleh makan sehari la. Haha . obses? eh tak lah . Sekadar suka suka mencari inspirasi .


me.

saja tempek gambar ini.
hee~

SARAWAK.

assalamualaikum

hidup aku dibumi kenyalang.
1 musim setengah aku dah lepasi .
bagaimanakah agaknya lagi tiga musim?
semoga aku tamat tepat pada waktunya.
ameen.du'a for me okay.

aku ingin meluahkan
tapi rasa sayu.
sebab aku luah bukan untuk minta simpati.
aku cuma ingin berkongsi pada yang sudi.

musim 3.
3/5 bulan.
masih berbaki 1 bulan setengah
aku disini
jatuh bangun aku
hanya Allah sahaja yang tahu
makan minum aku.
tak siapa ambil tahu.

arghhh..
pedulikah mereka terhadap aku.
pentingkan diri kah aku ini.
meminta lebih lebih.

sabarlah wahai hati.
kejayaan tidak akan datang dengan mudah.

berlapar .
itu perlu.

kalau adik aku yang baca post ini, gerenti dia nangis
bila tahu keadaan aku macam ini.
walaupun aku selalu bergaduh dengan dia.
tetapi rasa sayang itu lebih banyak berbanding benci.

alangkah aku bersin tak henti henti pun dia sudah mengalirkan air mata.
inikan pula tak makan?
haaaa..lagi bertakung takunglah air matanya.

something i need now ?

best friend! aku rindu syahirah aku masa form 3 . aku rindu rasidah aku form 6 .
mana pergi mereka?

mana?

you know what?

ini post berani mati aku.

:) still smile.


12 Disember 2012

Rintihan aku

tak siapa yang tahu.

ini aku nak bagi tahu.
gilakah aku.

tahan diri .
sabarkan diri.
tenangkan diri.

disini?
tiada siapa disisi
memberi dan menasihati
pandai pandailah bawa diri
kemanapun aku pergi.
asalkan kenal abi dan umi
ah! mengeluhnya aku
kerana
 aku tak sabar
aku tak tahan

aku belajar bersabar,
iman didada belum cukup kuatt
lemahnya aku
baru diduga sebegini kecil aku dah mengeluh
malunya aku
buntunya aku

simpatikah yang aku cari?
sedarlah aku dari mimpi
yang pasti dan realiti
ini baru sekecil kecil ujian
yang mendatang belum tahu

cubalah cekalkan hati
cubalah tambahkan iman

ingat pesan guru.
SABAR BANYAK BANYAK

disetiap kelapangan ada kesempitan.

kuatkanlah imanku..

Final Exam

assalamualaikum.

ya habibi ya maulana.
lama nya tak post, bukan sebab apa tapi sebab malas dan sibuk dengan tugasan harian yang memerlukan tenaga yang banyak. Di sini ingin memberitahu bahawasanya aku mempunyai blog lain. EH , bukan milik aku secara keseluruhan, tetapi milik rakan kongsi jugak . Ini merupakan tugasan berkumpulan kami dalam subjek seni elektronik lanjutan dan TMX pengguna komputer akhir.

Disebabkan kekangan masa, masalah ini dapat diatasi dengan mencuri masa makan .tidur,dan keluar bilik. Nak hadap benda ni bagi puas tak cukup setakat duduk dua jam. Lagi-lagi aku yang suka dengan it ni,Walaupun hakikatnya kurang mahir,tapi aku gagahkan diri untuk menghadap benda ni lama lama .

sebenarnya,aku curi masapagi pagi ini,

nak pergi ke library,nak pergi ke bengkel....

#pesan lecturer aku..SABAR BANYAK-BANYAK


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI