assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

26 Oktober 2012

Salam Raya Korban

Hai ..

Akak akak,abang abang,adik adik,encek encek,cik cik ...

Hari ini hari raya haji.
Aku beraya di perantauan.Over the sea sahaja.SARAWAKIAN sekejab.Tak dapat beraye dengan family DUA kali dah ni.SABAR jela.
Semalam sampai rumah kawan di vista ilmu.Tidak dapat tidur semalaman sebabnya perut sakit teramat yang samapi berguling-guling. Ini disebabkan makanan yang dimakan tidak terkawal langsung..Main belasah sahaja.
Hari ini pepagi tidur je lepas subuh,Tak pergi sembahyang raya pun.Duduk menghadap muka kawan-kawan lagi ha.SO sweet. Lepas itu agak agak macam dah puas tidur bangun ler ape lagi .Otak bergeligat cari makanan.Kawan dah keluar dulu cari bahan masakan untuk buat rendang dan makanan sampingan yang lain.
Focus...focuss...Makanan yang terhasil pada hari ini ialah RENDANG,AGAR-AGAR,KAK BATIK,KUIH MELAKA,NASI EMPET.

#syoknya kat sini apabila Kuih melaka tu salah buat.Hahaha(ketawa sopan) ini adalah kerana bahan utama yang digunakan sangat sangat teramat salah.Tapi sabar banyak-banyak.

Petang-petang cenggini kami pergi round rumah kawan sekitar sekitar ini jak.Ada buat makan makan sikit.

# okayokay.STOP.g solat sat.

24 Oktober 2012

Hey.I am Singa Because of U

kenapa ?

Aisehhhh..assalamualaikum

aku bukan baik nak dikatakan baik.Tapi aku boleh jadi baik kalau kau baik dengan aku.Tak cari masalah.Tak cari salah.duduk diam diam.

Bukan tu pun yang aku nak berceloteh ini.Aku duk fikir pasal aktiviti aku untuk bencana rela nanti.GERAM DEN. Kenapa? alahai,plan dia orang boleh pulak jatuh pada tarikh aku balik kampung! Aku dah la suka program-program macam tu,dah cakap dah kot dengan encik tadi 'saya balik kampung time tu,anjak la' . Nak jugak buat time tu .so redha je. Benda kalau kita macam mana gaya sekalipun tapi kalau dah bukan namanya rezeki kita memang tak lah kan. Jadi aku dengan sebulat suara deangn diri aku 'SABAR JAK AZIAH' mungkin ada aktiviti yang bagus-bagus untuk kau nanti .

Tapi sebelum program itu dijalankan,kami akan dilatih dan di ajar cara-cara untuk sembahyang time darurat gitu,al maklumlah program tu nanti akan dijalankan di sekitar kampung dan akan bermalam di hutan.SURVIVAL la nanti.Dengar encik tadi cerita pon memang dah menarik habis.Tapi last-last aku yang tak dapt join.

Nasib baik lah kan,30 oktober ini ada 1 aktiviti menarik di mana Unimas akan adakan program daki gunung serapi gitu.WOW.. mestilah aku ank join sebabnya yuran murah .rm20 je .Kalau mahal mahal gitu aku pun memang tak lah nak join.Kekangan duit di minggu-minggu getaran ini memang memaksa aku membuat keputusan menggunakan duit itu ke arah yang benar dan diredhai.HAHA...

#okay.time to stop!sesi mencari makanan di bazar sana :)


We Lazy We Crazy

aisehhh..apa nak jadi agaknya dengan aku ini hai.Sikap malas yang mula menular sejak pagi tadi semakin menyusahkan akulah. Dimana pada hari ini aku mempunyai dua kelas,dan yang menggembirakannya kelas TMX dibatalkan dan sedihnya pabila kelas itu digantikan dengan MEETING ADVANCED E ART (tak baik mengeluh). Yang menjadikan aku malas ialah group aku masih lagi 50-50 % . Aisehhh,aku lemah gila bila bab bab membikin video ini.Sem ini pulak menitikberatkan soal THEORY dan CONTENT apa yang bakal kita hasilkan. Jadinya dalam menghasilkan video tersebut perlulah membuat research !

Sekejab lagi aku ada kelas KO Q pulak. Yang ini aku suka tapi aku macam malas sebab di kampus timur.Aku amik subteras bencana rela, dimana dalam kelas ini seorang pensyarah yang cukup low profile telah mengajar kami.Ya Allah,hanya tuhan yang tahu betapa baik hatinya. Cara penuturannya,pakaian dia,semua sederhana. Aku yakinlah teramat sangat kalau korang dengar dia cakap mesti korang nak join kelas kami punyalah.

#ok.takat ini je.nak siap siap .hari ini tumpang orang naik kereta g ke kelas kat timur tu :)


20 Oktober 2012

it was my story

Assalamualaikum..

Bentuk bentuk serta gaya gaya , cara cara pengeposan dalam ini memnag berbentuk personal habis .

alasannya : sebab saya suka ekpress emosi saya dalam ini medium :p

MALAM YANG INDAH

itu merupakan tajuk yang bakal saya bicarakan pada malam ini.

KENAPA ?

sebab :

  •  dapat makan free, dimana makanan ini merupakan duit lebihan beli baju senam tari hari itu (hakikatnya duit kami jugak)
  • terlihat ternampak terpandang budak bertongkat 


nak tahu pasal apa aku admire sangat budak bertongkat tu ? sebabnya dia sorang je bertongkat,then muka dia nampak macam innocent je :) suka tak semestinya cinta . suka tak semestinya boleh dapat . suka tak semestinya nak .


  • dapat bergelak ketawa :) hilang segala duka dan lara 

its okay, jika ada orang berkata tentang kita,kerana kita kan tahu siapa diri kita sikit demi sedikit. its okay jika kita mempunyai rasa suka,kerana itu menunjukkan kita manusia, its okay jika menunjukkan betapa kita suka sesuatu itu dengan cara yang over ,even ada yang tidak suka .

kesimpulan, its okay apa apa sahaja yang kita nak , ataupun apa yang bakal kita lakukan,sekurang kurangnya kita merasa apa yang kita nak .

& its okay apa yang kita sembang merapu kerana ia datang dari dalam :)

TETAPI ,hari ini dan semalam tak sama . PASTIKAN hari ini lebih baik dari semalam , dan lebih baik lagi pada hari mendatang .

GREAT!

me,
zia


I am ....

alhamdulillah dapat pun bukak 'new post'. Aiseh payah gilak nak buka ni, line internet slow ataupun memang tak nak aku taip apa apa kat ruangan ini .

ASSALAMUALAIKUM . ya  habibi ya maulana 

:) gumbira tak terlihat ini. Nasi dah masak and time to eat. Without ricecooker my life have no meaning. CEWAHHHH..kononnye lah.Dewasa ini ricecookerlah penyumbang kepada penjimatan hidup aku di bumi sarawak yang jauh mauh dari sisi keluarga yang dicintai. 
         everyday, aku berbelanja less than RM5. Ini pencapaian yang terhebat dalam hidup.Saudara dan Saudari sekalian, aku bukan nak suruh hampa kesian tau baca post ini :P KEJADIAN SEBEGINI BERLAKU dek kerana sikap boros aku yang menjadi-jadi awal semester. 

P A D A N M U K A K AU J O Y A H !!!!

       Almost 6 week dah start sem baru, Kawalan duit terbocor,sebab tu lah mengalir dengan deras duit duit itu semua.HADIRIN DAN HADIRAT,nak kate menyesal tak boleh,nasi dah jadi bubur.REDHA dan SABAR BANYAK BANYAK.

      LATELY,aku banyak mengalami tekanan diri sendiri,Hal ini berlaku disebabkan masalah yang muncul dari persekitaran.Kecelaruan juga kadang kala muncul akibat daripada terlalu memikirkan 'SIAPA AKU?'. Rupa rupanya banyak lagi persoalan yang belum amampu aku jawab untuk kenal SIAPA AKU. 

     Terdapat beberapa buah buku yang aku pinjam dari CAIS ,iaitu library unimas. Aku akan dapatkan sebanyak mana maklumat sehingga aku tahu SIAPA AKU,then,aku akan kongsikan disini.:) BAIK TAK?

okay.stop! azan dah berkumandang.

04 Oktober 2012

Air Asia , Terbanglah ke destinasiku

Assalamualaikum

kembalinya aku setelah dapat mencari penyelesaian pada muka baru dashboard tu. Setelah lama aku tak mengUPDATE entri entri ini terasa gian pulak nak menaip. Ini entri lepas geram namanya. GERAM PADA SAPA PULAK NI ? aku geram pada abang aku sendiri lah, sebabnya hari tu sebelum balik yo yo OOOO je kate nak spon tiket aku balik melaka tu, SEBAB dia nak kahwinkan, takkan lah aku sebagai adik tak balik pulak, melampaulah macam tu, Nanti kalau aku yang kahwin dia pulak yang tak datang, Adik beradik bukannya ramai mana pun, lebih baik senyap senyap !

Belajar di sarawak je pon, seberang laut, bukannya jauh mana. TAK JAUH ? okay baiklah 1jam 45minit kan ? ish! itu naik belon kalau naik kapal mahunya samapi sebulan baru sampai kampung aku tu. YANG jadi masalah aku sekarang ialah KENAPALAH HARGA TIKET TU MAHAL LA SANGAT KAN ?

haaa, Nak dijadikan ceritalah kan, baru-baru ini kan UNIMAS edarkan kad siswa,then dalam senarai tempat yang dapat diskaun ialah FIREFLY,MAS. Fuyoo..student memang sukalah,sebab dapat diskaun bagai.REZEKI2. tetapilahkan, dekat kuching ni aku dah tak nampak lagi syarikat firefly ni bertapak. 50% kot mereka sediakan untuk sesiapa yang yang beli tiket kat dia. Rugilah kami student unimas yang jarang dapat diskaun yang hebat sampai separuh harga.

Semogalah tiket balik ke KL ade yang murah murah.jimat sikit duit ni ha yang mengalir bagai air yang deras.

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI