assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

18 September 2012

Kepentingan Melawan penting

Assalamualaikum

boleh dikatakan hidup aku sudah mula banyak kerja . Dari pagi sampai kepetang ada sahaja benda yang hendak dilakukan. Tak kira lah yang penting mahupun yang tidak penting. Semuanya akan ku lakukan jika aku rasa aku perlu lakukan. Aku Aziah! Untuk musin ini aku memegang jawatan sebagai:


  1. penolong kelas
  2. penolong setiausaha program seni halus
itu sahaja jawatan yang aku pegang. Hari ini aku telah termiss satu aktiviti kolej yang sanagt aku gemari iaitu Kayak! hari ini merupakan hari pemilihan atlit sukan air untuk mewakili kolej. Tahun lepas aku layak dan dapat tempat ke 2 .Tapi semester ini boleh pulak aku tak datang untuk pemilihan.Sedikit terkilan,bukan aku tak nak pergi,tetapi aku ada komitmen yang lagi penting.Terpaksa jua hamba lepaskan demi yang lebih penting.

Belakangan ini kan aku rasa ,aku sangat kerap cakap pasal 'PENTING' .Ayat penting ni selalu sahaja keluar dari mulut aku,aku kerap memikirkan apa yang penting untuk diri aku dan kejayaan aku,sebab itulah perkataan penting itu selalu terkeluar dari mulut jua status status yang aku update. 

Ya,untuk hari ini jugak aku rasa sangat mengantuk dan sedikit kepenatan yang tidak ada tolok bandingan nya.Eleh macam kerja angkat batu 20 30 kilo je kan aku ini. Mujurlah besok tidak ada kelas,malam ni boleh aku tido sepuas puasnya sehingga lebam!

Setakat ini aku memang tidak puas lagi kemas bilik single aku ini,masih banyak lagi yang aku nak tambah menambah demi kepuasan peribadi aku. Meja study aku ,katil aku,dinding jua akan ku beresin dengan indah sekali ya dong.(sampai orang nak masuk bilik aku nanti,diorang akna terkejut sampai cakap,WOW cantiknya!)

hahaha..aku memang kuat berangan samapi perasan.



14 September 2012

Air deras yang mengalir

hai . 13 september ???? sekejab saje dah lima hari aku di sarawak ni.Setakat lima hari ini dah banayk dah duit aku habis sebabnye ,aishh biasalah kan mula mula semester baru semua tak cukup ,baju baju dah kurang muat ,seluar dah buruk sangat ,semuanya nak ganti baru .Disebabkan itulah jugak mengalirnya duit bagai air yang deras.Untuk lima hari ini sahaja dah lebih lima kali jugak aku keluar pergi cari barang ini,ergi cari barang itu.Fulamak ai...dengan riang gembira pergi ATM cucuk duit.Duit kerja sebulan setengah plus duit ptptn pun mulalah susut.

Al kisah pendeknya start minggu kedua ini ,pasang niat kuatkan semangat untuk tidak selalu dan kerap keluar jalan jalan.Maaflah kawan kawan aku bukan tak nak keluar bagai tapi aku terpaksa berjimat sedikit untuk masa hadapanku lah.Nanti time seteres seteres kita keluar lah ye.

Sem ni aku dapat bilik single mingle. NO couple couple is trouble.No triple tpiple sesakkan otak aku je! SINGLE wey ..idaman kalbu sejak dari semester satu lagi tau .Termaktublah dalam perlembagaan kolej cempaka cemerlang dan gemilang ini bagi aku stay bilik single.Teramat suka hati lah aku sebab idaman kalbu aku dimakbulkan.Yang meyedihkan aku pulak yuran untuk bilik single ni mahal la rm500++ macam tu lah lebih kurang.Bila first time aku dengar .'Alah bukan rm500++ la wey,murah lagi aku rase,takkan semahal tu kot' .Tup tup bila aku tanya senior atas dia kata betula lah tu yurannya macam tu.Di saat itu aku pun cakap dalam hati 'ah,telokop lagi duit aku macam ni' hahaha ..

Tapi tidak megapalah jajnji aku dapat stay kolej lagi semester ini .

Hah,cakap cakap pasal bilik single aku ni lah kan , aku nak menghiasnya seindah yang mungkin,supaya bila aku masuk je bilik ni ,aku tak nak keluar keluar lagi dah.hahaha.melampaulah macam tu kan .Aku nak bagi keselesaan pada diri aku untuk musim ni ,nanti boleh belajar dengan tenagn without gangguan ,pastu dapat naikkan pointer.

Eh,sembang sembang pasal koej le pulakkan,sem ni kawan kawan aku ada yang tinggal luar,disebabkan itu aku dapat merasa lah yang aktiviti bersama kitaorang akan berkurangan ,dan aktiviti itu akan wujud kalau kami merancang untuk berHoliday bersama.Target sem ni nak jalan ke DAMAI,tak pun pergi MATANG. eh..tempat tempat ni tujuannye bukan apalah,Untuk mandi manda .

dah lah dah lah ,lain kali pulak aku berceloteh ,banyak benda aku nak cerita tapi korang bukan nak baca pon kan .hee.tak berharap pon

cuti sudah habis !

Hari ini hari jumaat :) teringin pulak nak menaip lepas cakap ngan awak sya.

Dua bulan cuti ,dah pun tamat . Balik unimas balik dengan semangat yang membare demi menggapai cita-cita.Sepanjang cuti ini banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup ini ,itu semua dijadikan sebagai pengalaman dan teladan je untuk masa akan datang .

Dua hari sebelum aku balik ke u , aku dikhabarkan dengan berita yang menyayat hati NENEK aku telah meninggalkan dunia buat selama lamanya.Aku mengaku yang aku ini tak berapa rapat dengan nenek aku yang tu ,mungkin disebabkan aku tidak dibelanya masa kecik kecik dulu .Tapi aku merasa kehilangan nenek yang tak kan ada di hadapan mata aku ini . Aku hanya mampu sedekahkan bacaan suci Al quran sahaja pada arwah .

Bila cakap pasal kematian ini ,aku merasa sangat takut untuk merasai KEHILANGAN , lagi lagi mereka mereka yang aku sayang , pilu benar hati . Aku takut untuk jalani hari hari kehilangan orang yang aku sayang .

______________________________________________________________________________

aku balik unimas dengan perasaan berkobar kobar ,sebab sem ini aku nak ubah result aku tu ,dah tersedar dari lamunan dah yang duduk dekat u ni tak boleh suka suka nak goyang kaki , kalau tidak nanti boleh dikatakan kena makan kaki lah . Aku rasa berdebar untuk belajar seramik kreatif dan hybrid sebab aku takot . Semoga aku dapat jalani kehidupan sem ni dengan cemerlang dan bahagia di samping kawan kawan yang tersayang :)

______________________________________________________________________________

banyak benda nak taip .tetapi kurang daya dan mood .


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI