assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

28 Disember 2012

SATOK dan WATEFRONT


ini ialah pemandangan di water front. kenapa aku dan geng pergi sini? sebab time ni nak balik semenanjung dah untuk cuti sem, jadi kami orang pergi sini untuk beli kek lapis wa ikan terubuk masinlah kan.


kalau nak pergi beli itu semua kena lah seberang dulukan? jadi nye inilah kenderaan yang paling sesuai untuk pergi sebelah sana. Murah je pon, kalau nak naik kena bayar rm0.50 . mampukan? kan? kan? sambil sambil tu dapat menikmati keindahan sungai ni. Eh korang jangan risau tiada BUAYA pun . Selamat pergi selamat balik . In sha Allah.


sedang kami lepak lepak lepas beli kek lapis ni. munculla seorang pakcik ni, jual kerepek, kawan kami yang sorang tu dah buat muka blur, eh nak beli ke tak nak beli ke tak. konfius konfius..
last macam terpaksa beli tau . Gila mahal! pastu sikit.


ini pulak di SATOK . datang datang je time tu ada pertunjukkan ular bagai. Tak usha sangat pun, Layan layan macam tu je.



dah puas jalan , usha gelang pulak. Memang hasrat datang sini nak beli gelang banayk bayak . nampak macam tamak kan? apa tak tamaknye murah lah sangat harganya . RM1 :) 
ha ha yang baca entri ni mesti nak satu kan?


my gang . lagi tiga lesap . Sweet tak? tapi kadang kadang ada sour jugak. 



jalan jalan di pasar satok ,ternampak PISANG . oh myyyyyy FEBRET tu .. apa tunggu lagi kami pun belilah. GILA MURAH. tak de lah maksud aku mpisang tu murah jer.
NIKMAT sangat


dah kenyangkan? Minum minum air ...





MATANG FAMILY PARK


Budak budak UNIMAS kalau yang tak penah pergi sini nampak macam pelik pulak. Ini antara salah satu tempat kunjungan student time stress ataupun time untuk berseronok dengan rakan-rakan tercinta. Banyak gamabr,tapi mana perginya tah.

kami orang pergi dekat sini untuk bersuka ria, dan merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Aktiviti paling best time ini ialah tahan nafas dalam air !

kahkahkah.. ada dua orang makcik tu ketawa je tau, aku fikirkan ketawa sebab apa, PUNCAnya ialah apabila makcik tu ketawakan aku.

SEBAB!

geng aku kenakan aku, sebenarnya diorang tak masukkan kepala dalam air pun. eeeeee,geram gila masa tu, sampai hati. Tapi fikirkan kawan,redha jela. Macam-macam ragam diorang ini.

love.love.love.


Throwing Test


assalamualaikum...

terkejut ! waktu aku bukak blog Fatin Liyana ni. Tengok jela follower ramai gilak. Then, visitor yang datang fulamak. Boleh pengsan aku lah. Ramai benau tu. Memang betul betul famous dia ni. Pakej pakej.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini done bayar duit kolej. For your information ini hari merupakan last date untuk bayar yuran, Hebat tak hebat, Ini semua kesalahan aku, lambat lambat, tanggug tangguh , last last susahkan parent jugak.

Okayla,sem depan tak nak buat macam tu dah.MEMALUKAN!

lepas saja bayar yuran kolej tu, aku terus gerak ke bengkel kesayangan pelajar seramik. Oh ya,lupa nak ambil gambar bengkel tu, Kalau tidak dapat tunjukkan kat reader yang singgah baca entri ni. TUJUAN pergi untuk siapkan segala work+projek akhir untuk subjek seramik hibrid dan seramik kreatif. DUE DATE hantar projek? seriously kmai semua tak tahu sebab lecturer tak bagi tau apa-apa pun, kami orang kena get ready jela, datang kehendaknya nanti lecturer nak work, kalau tak siap bakar lagi nak hantar apa je ye?


ini lah gayanye projek akhir ini, kena bermain dengan mesin. Ya Allah betapa sukarnya kau nak master buat throwing ni. Dan betapa banyaknya kalinya tak jadi buat guna mesin. No choice! by hook or by crook mesti belajar . lain hari aku uploadkan gambar pot yang aku nak buat tapi tak berapa nak jadi .

okay, tapi gambar dekat atas tu sebenarnya masa ujian buat SILINDER. hahaha , adakah patut EN AWANG pilih aku buat silinder dengan student yang terrer terrer. Aku yang kerdil ini hanya mampu terima dan redha saja dengan kehendaknya, buat buat buat last last siap jugak silinder kau, tapi tak menjadi sangat sebab tak tinggi macam encik nak.

Then, encik boleh pulak cakap AKU NI GANAS. sebab? masa aku nak CUT silinder tu letak atas papan, aku punya silinder tu nipis sangat , dan disebabkan itu BOCOR la tapaknya..

okay cerita panjang panjang nanti orang kurang faham,kurang gambar lah.....

nanti kau cerita lagi ye.. :D



27 Disember 2012

Ibubapa Memang Mementingkan Hal Anak-anak

assalamualaikum..

kenapa dan mengapa?

alhamdulillah,aku bersyukur teramat sangat kerana memiliki ibubapa seperti mereka yang tak jenuh melayan kerenah aku sebagai anaknya.

bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka.


setiap langkahmu ingatilah mereka, doakanlah kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat. Janganlah merosakkan kepercayaan mereka

in sha Allah aku akna menjadi anak yang berguna.


ini mak ayah aku..

sayang sayang sayang....




Betul Ke Bohong ?

assalamualaikum

ha ah, apa yang betul apayang bohong le tu .

Jawab satu soalan boleh ?
Bagi pendapat anda tu boleh ?


APA PENDAPAT ANDA,JIKA SOALAN YANG ANDA BAGI PADA KAWAN-KAWAN ANDA, KELUARGA ANDA, PADA SESIAPA JE LA, DIBALAS DENGAN SOALAN BALIK.

Any Idea ?

simple right ... 

i got jawapan yang tak masuk akal bila post benda ni di facebook. 

hope u all jawab dengan ikhlas lah ek?





26 Disember 2012

keliru dengan setiap makna

assalamualaikum

apa yang aku fikir aku mencari. sama ada lamabat atau pun cepat dan sebaliknya.

sekarang ini aku sedang bergelut dengan projek akhir untuk semester 3. untuk subjek seramik hibrid dan seramik kreatif . Ya Allah hanya tuhan yang tahu betapa aku terlalu memirkirkannya. Mungkin orang akan kata yang aku ini terlalu complicatedkan proejk tersebut tetapi aku ambil ini sebagai persediaan untuk menghadapi PROJEK TAHUN AKHIR a.k.a PTA a.k.a FYP .

jadi , la ni aku konfius dengan ragam untuk memulakan projek . Seperti sedia maklum untuk menjadikan artwork itu hebat mestilah mempunyai content yang cemerlang . Ya , yang tang content tu la aku serabut . Bagaimana hendak menceritakan konsep . Sebelum itu apa yang kau faham tentang konsep? apa yang kau faham tentang idea. bagaimana untuk ko cari konsep tersebut ? ya pasti yang membuka dan menbaca entri ini akna merasa cepat bosan . Sebab ungkin kamu tidak faham apa yang aku cuba sampaikan melalui ayat ayat aku yang serabut ini . BETUL TAK?

metafora , kritikan, persepsi,kiasan........... inilah berkataan yang bermain main diminda aku .

aliran pertama

konsep : metafora
|
isu : pencemaran
|
idea : alam dasar laut
|
form : teapot
|
tajuk : sampah adalah racun dunia


idea dua

konsep : persepsi
|
isu : duit
|
idea : alam dasar laut
|
form : teapot
|
tajuk : bila mata berbicara


baiklah untuk idea dan form tu lecturer aku dah tentukan, jadi itu bukan masalah yang berat untuk memikirkannya. Ynag menjadi kekeliruan aku tu adalah konsep dan isu . KONSEP ITU ADALAH KETERANGAN BAGI SEBUAH OBJEK . DAN ISU PERKARA YANG BERLAKU SEKITAR KITA.

itu mengikut kefahaman aku sahaja.





22 Disember 2012

Berubah atau Perubahan

assalamualaikum


kenapa aku menulis tentang perubahan? sedarkah kita yang kita selalu menantikan perubahan terhadap diri kita ini. Pernah tak rasa nak berubah? Eleh tak yah tipulah... sejahat-jahat mane pun manusia tu. pasti dia pernah terfikir untuk berubah. Sama macam aku. Ke arah baik ke jahat? Fikir-fikirkanlah...

Tetapi adakah dengan perubahan kita nanti ada yang disalah ertikan? 
PASTI ada yang mempertikaikan dan mempersoalkannya kan?

untuk berubah ke arah kebaikan sebenarnya memerlukan keyakinan dan istiqamah terhadap perubahan tersebut. Kalau kita tidak istiqamah pastinya kita ini akan kembalik ke keadaan secara asalnya..

rugi!rugi..

jadi dengan sebab itulah. sebelum melakukan perubahan tersebut kita mesti memulakan dengan perancangan. Macam orang nak buat rumahkan? Nak bagi kukuh selama-lamanya pasti memerlukan arkitek yang excellent! ye dak?

kita perlu memPLAN dengan bagus seperti ..
  1. buat jadual aktiviti harian
  2. catit apa perubahan yang kita nak lakukan
  3. melihat ceramah ceramah,kuliah di youtube..
  4. baca buku berfaedah
  5. dan lain lain lagi yang anda rasakan bernas
# aku dipersimpangan....

jadi aku menulis ini untuk meyakinan diri aku yang aku boleh berubah...

ye..lagi satu , anda perlulah mencari rakan rakan yang inginkan perubahan juak ya ...




credit to mr google.


20 Disember 2012

Syukur

assalamualaikum

suka?

hari ini hati tenang . Tanpa maslaah yang kritikal.
syukur alhamdulillah
Allah Maha Adil.
Hari ini DIA beri kita sedih . Esok lusa pasti bahagia datang pula.
SYUKRAN.SYUKRAN.

dapat hidup dengan UDARA yang free.. nikmatnya sungguh tak terkata.
only "ALHAMDULILLAH" i can say everytime


16 Disember 2012

Buku Dunia Hari Ini

Assalamualaikum wbt

untuk sepetang ini aku berada di cais a.k.a perpustakaan universiti malaysia sarawak. Bukan gigih belajar bukan meratap buku semata-mata tetapi duduk menghadap journal dan mengedit report-report yang bakal kena hantar pada hari esok 17DIS. 

Pada ketika ini perut belum menjamah apa apa makanan lagi dek kerana terlaulu focus menunggu download cerita cerita 100% . rajin kan aku? betapa khusuknya.... 

tiada apa yang hangat untuk diperbahaskan pada hari ini ,kerana dalam fikiran ini ligat memikirkan kerja yang banyak.

haaa.yes.

dapat satu idea ! great great!

tentang tanggungjawab.

yes,bila kita ulang kembali ye. TANGGUNGJAWAB. Bila belajar di institut pengajian ni ,bohonglah kalau cakap tak pernah jumpe s'sleeping partner' . Aduhai ye pon , inilah gejala yang paling kritikal bagi pelajar. Ya, bukan aku seorang malah boleh dikatakan kesemua pelajar tidak suka dan benci makhluk macam ni . Betul tak . 

Membuat endah tidak endah je pada kerja atau assignment berkumpulan yang di berilkan. Seringkali ada sahaja orang yang perlu mengingatkan 'mereka-merek' ini untuk bertindak . Kadang kale ada yang kalis!maksudnya sudah bercakap banayk kali tetaspi masih lagi tidak bergerak apa apa kerja pun . Ya Allah , sabar jela dengan manusia spesis yang macam ini.

Iyelah kita belajar sama sama , nak grad pun sama sama , jadi jika diberikan kerja itu buatlah sama sama , baru lah berkat. Dalam menuntut ilmu di menara gading ini memang banyak sangatlah dugaan hidupnya. Cabaran yang paling kritikal sekali ialah masalah dengan pelajar itu sendiri . Bayangkan lah seseorang pelajar itu memang sudah sedia ada masalh yang ditanggung lalu ditambah lagi dengan masalah kawan disini . OMG . bertambah tambah la masalh mereka. ye dok ?

Bukanlah aku cerita ini menunjukkan aku seorang pelajar yang hebat . oh tidak sama sekali lah. aku hanya insan biasa yang masih mengejar ilmu untuk menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. tetapi sebgai manusia biasa aku punyai hati dan perasaan yang perlu di titikberatkan . 

sama samalh berubah kearah kebaikan.

segala yang khilaf datangnya dari diri sendiri dan yang baik itu datang dari ALLAH .

sekian untuk lewat ini.


15 Disember 2012

Sabar itu Indah


assalamualaikum

teringin sekali aku menjadi seorang yang sangat berbakat dalam bidang penulisan ini. aku inginkan aku seperti 'aku sedang bercakap' sama seperti aku menulis. Tapi bersyukurlah wahai saudari, bakat boleh di asah.

:)

pernah tak terfikir :

contoh situasi .

kawan mengajak anda ke Forum agama.

A: saudari,jom lah malam ini kita pergi ke forum,dengar cerita tajuk pada malam ini menarik,bincang tentang sihir,jomlah.

B: yeke? bagus jugak tu.

okay, diolog ringkas itu anda boleh fahamkan? ya,begini jika anda ialah orang B itu, pernahkah anda terfikir kenapa kaki anda melangkah kesana? pernah tak ? haaa mesti pernahkan?

ya. pensyarah saya pernah bagitahu kat kami, "kajilah setiap apa yang terjadi mahupun yang berlaku pada diri kita,pasti ada hikmah dan maksudnya".

Jadi,setiap perkara yang berlaku pada diri kita, tidak kiralah yang sedih ke, yang gembira ke, yang apa apa ke...
semuanya telah tersuratkan? jadi pastilah mempunyai maksudyang tersirat.

Kenapa aku tertarik untuk bercerita tentang ini ?

sebabnya, baru petang tadi berbual dengan seorang kawan baik, dimana dia telah bercerita dengan ana tentang forum yang aku tak dapat pergi kerana sibuk fikirkan final project. Terasa rugi pulak sebab tak join forum tadi, panel telah bercerita tentang SIHIR, menarik bukan?

apa yang dapat kau simpulkan untuk muhasabah diri aku ialah,

Dunia ini kan ,kalau kita kejar dia lari,jadinya semakin kita kejar semakin dia lari lah.Fahamkan?

cuba kita renungkan pada diri kita ini, banyak kesalahan dan kekhilafan bukan? pernah terfikir untuk ke arah kebaikkan,betul tak dan kita mencuba untuk meneruskannya,sesetengahnya berjaya sesetengahnya terkandas.
KENAPA?

sebab iman dan kejatian diri kita ini belum cukup gagah hendak ke arah itu.

BAGAIMANA?

cubalah berkawan dengan orang yang boleh membimbing kita,kelak pasti boleh terjawab segala persoalan.

AKU?

maaflah,terus terang aku cakapkan,aku bukan lah yang terbaik untuk diri aku,tetapi aku sedang berusaha memperbaiki diri aku yang banayk kekurangan.

marilah sama sama berubah ke arah kebaikkan,nescahaya DIA merahmati dan meredhai hamaba hambanya.AMEEN.

13 Disember 2012

Terpaksa GUGURkan kandungan?

assalamualaikum

para blogger yang dikasihi dan dimuliakan
pada hari ini aku akan membahaskan tentang PENGGUGURAN HARAM

belakangan ini, kes seperti ini seperti goreng pisang panas . eh ? pisang goreng panas. mana mana jela. Seperti menjadi trend pula di media massa memperkatakan soal ini, putar belit putar belit permulaannya ialah mausia itu sendiri.

apa yang aku cakap?

aku sedang membuat persediaan untuk perbentangan kelas prep 2. minggu depan kumpulan aku akan membentangkan tentang illegal abortion.Aku selaku orang kedua dalam kumpulan akan bercakap tentang faktor faktor berlakunya kes ini.

FAKTOR FAKTOR ?

aku sedang berfikir...


What The Problem ?

assalamualaikum.

ape kono eh zia oi, duk menghadap depan notebook ni sampai tak ingat dunia.

aisehhh...janganlah begitu,kelak kau akan terseksa menahan ngantuk. Pagi pagi bute ini aku duk melayan blogger blogger . seperti si gorgeous HANIS ZALIKHA dan bakal isteri MARIA ELENA .. Mereka berdua ini sangar superb la,Belum masuk FATIN LIYANA lagi , belum DENA BAHRIN lagi .aisehh kalau nak usha usha blog deme tu boleh makan sehari la. Haha . obses? eh tak lah . Sekadar suka suka mencari inspirasi .


me.

saja tempek gambar ini.
hee~

SARAWAK.

assalamualaikum

hidup aku dibumi kenyalang.
1 musim setengah aku dah lepasi .
bagaimanakah agaknya lagi tiga musim?
semoga aku tamat tepat pada waktunya.
ameen.du'a for me okay.

aku ingin meluahkan
tapi rasa sayu.
sebab aku luah bukan untuk minta simpati.
aku cuma ingin berkongsi pada yang sudi.

musim 3.
3/5 bulan.
masih berbaki 1 bulan setengah
aku disini
jatuh bangun aku
hanya Allah sahaja yang tahu
makan minum aku.
tak siapa ambil tahu.

arghhh..
pedulikah mereka terhadap aku.
pentingkan diri kah aku ini.
meminta lebih lebih.

sabarlah wahai hati.
kejayaan tidak akan datang dengan mudah.

berlapar .
itu perlu.

kalau adik aku yang baca post ini, gerenti dia nangis
bila tahu keadaan aku macam ini.
walaupun aku selalu bergaduh dengan dia.
tetapi rasa sayang itu lebih banyak berbanding benci.

alangkah aku bersin tak henti henti pun dia sudah mengalirkan air mata.
inikan pula tak makan?
haaaa..lagi bertakung takunglah air matanya.

something i need now ?

best friend! aku rindu syahirah aku masa form 3 . aku rindu rasidah aku form 6 .
mana pergi mereka?

mana?

you know what?

ini post berani mati aku.

:) still smile.


12 Disember 2012

Rintihan aku

tak siapa yang tahu.

ini aku nak bagi tahu.
gilakah aku.

tahan diri .
sabarkan diri.
tenangkan diri.

disini?
tiada siapa disisi
memberi dan menasihati
pandai pandailah bawa diri
kemanapun aku pergi.
asalkan kenal abi dan umi
ah! mengeluhnya aku
kerana
 aku tak sabar
aku tak tahan

aku belajar bersabar,
iman didada belum cukup kuatt
lemahnya aku
baru diduga sebegini kecil aku dah mengeluh
malunya aku
buntunya aku

simpatikah yang aku cari?
sedarlah aku dari mimpi
yang pasti dan realiti
ini baru sekecil kecil ujian
yang mendatang belum tahu

cubalah cekalkan hati
cubalah tambahkan iman

ingat pesan guru.
SABAR BANYAK BANYAK

disetiap kelapangan ada kesempitan.

kuatkanlah imanku..

Final Exam

assalamualaikum.

ya habibi ya maulana.
lama nya tak post, bukan sebab apa tapi sebab malas dan sibuk dengan tugasan harian yang memerlukan tenaga yang banyak. Di sini ingin memberitahu bahawasanya aku mempunyai blog lain. EH , bukan milik aku secara keseluruhan, tetapi milik rakan kongsi jugak . Ini merupakan tugasan berkumpulan kami dalam subjek seni elektronik lanjutan dan TMX pengguna komputer akhir.

Disebabkan kekangan masa, masalah ini dapat diatasi dengan mencuri masa makan .tidur,dan keluar bilik. Nak hadap benda ni bagi puas tak cukup setakat duduk dua jam. Lagi-lagi aku yang suka dengan it ni,Walaupun hakikatnya kurang mahir,tapi aku gagahkan diri untuk menghadap benda ni lama lama .

sebenarnya,aku curi masapagi pagi ini,

nak pergi ke library,nak pergi ke bengkel....

#pesan lecturer aku..SABAR BANYAK-BANYAK


03 November 2012

Silat Gayong.

Salam hari Sabtu uOLL..

Baru bali training Silat.Dari 830 malam sampai 130pagi.

Best ke tak. Sure sure la best, tapi yang jadi masalahnya ialah kepenatanlah. Sehari suntuk buat kerja tak berenti renti .

Malam ini baru aku tahu yang guru silat aku tu rupa rupanya cikgu yang disebut sebut before ini. Adui, semlama boleh lah pulak aku main mainkan dia, malam ni aku tersedar la yang aku agak biadap dengan mereka. Aishh mintak tolonglah jangan tiru perangai buruk aku ini.
Dua hari datang , dua hari juga hafal dua step baru. Syok jugak cuma penat bila tang buat KEKUDA.

kalau korang tak penah merasa baik cepat cepat amik kelas silat. dapatlah ilmu baru . yang pasti memang sangat berguna untuk hari ini dan hari mendatang.



01 November 2012

Cara Belajar Silat

assalamualaikum..

pembuka bicara untuk hari ini ialah : Sabar banyak-banyak :)

Hari ini cuti masih belum habis lah kak, jadinya pagi pagi lagi aku dah kuar rumah pergi DI a.k.a Desa Ilmu bel barang untuk hidup. Dan beli jugak pastel untuk belajar mewarna warnikan sketch book aku.

okay tak payah cerita hal siang siang. Mari aku hamparkan cerita aku pada waktu malam :

Semalam MAS kawan TAP ajak aku join silat.SILAT la SILAT tau. SILAT GAYONG :) .Masa tu tengah tonton cerita DELISA.cerita indon yang memang best.OKAY OKAY,nak jadikan cerita aku malas nak ikut ,memang malas nak libatkan diri dalam silat buat masa ni,niat nak belajar memang dah ada tapi masalahnya belum sedia. Nak sedapkan hati aku pun ikut la sebab dah dua kali Mas ajak aku.

Malam ni lah kiranya latihan tu, Latihan for the first time! Aku,Mas dengan sorang lagi member TAP hafa pun bersungguh sungguh la turun tepat pada masanya pukul 9.00 malam. ADESSSS tak orang kot kat bilik yang ditetapkan,jadi akmi pun duduk la menenanguk kat situ sambil berbual bual kosong sambil lagi tergelak gelak tak ingat dunia.

Dalam 15minit kemudian datanglah 2 orang lagi .Nak panjangkan cerita lagi aku join ni sempena event MSBW a.k.a Malam Seni Budaya dan Warisan . Yang tang slat silat ini untuk buat DEMONTRSI je lebih kurang 10minit.LAMA la ...

Tunggu punya tunggu BOS pun samapi .Eh nama Tok Ketua tu Azhar.Ha senior tahun 3. Aku ingatkan belajar silat ni memang kena buat muke ketat je ,tapi lain pulak sepanjang aku belajar step by step tu aku duk gelak sampai nak pecah perut tau.BOS asyik duk buat lawak sepatah yang dia cakap tu macam memerli tapi boleh jadi bahan lawak.Aiyoooo...

Kesudahannya malam ni aku belajar step bunga tanjung je.Besok dan besok dan seterusnya aku akan belajar step lain la pulak.

Hopefully,aku dan geng dalam buat yang terbaiklah.

Mula mula tadi memnag ikut sebab terpaksa tapi bila dah join tu terasa suka dan tak menyesal pulak.Tulah kadang kadang kita kena mulakan sesuatu benda tu denagan terpaksa. :)

just itu untuk hari ini .

majulah silat untuk tanah melayu .

26 Oktober 2012

Salam Raya Korban

Hai ..

Akak akak,abang abang,adik adik,encek encek,cik cik ...

Hari ini hari raya haji.
Aku beraya di perantauan.Over the sea sahaja.SARAWAKIAN sekejab.Tak dapat beraye dengan family DUA kali dah ni.SABAR jela.
Semalam sampai rumah kawan di vista ilmu.Tidak dapat tidur semalaman sebabnya perut sakit teramat yang samapi berguling-guling. Ini disebabkan makanan yang dimakan tidak terkawal langsung..Main belasah sahaja.
Hari ini pepagi tidur je lepas subuh,Tak pergi sembahyang raya pun.Duduk menghadap muka kawan-kawan lagi ha.SO sweet. Lepas itu agak agak macam dah puas tidur bangun ler ape lagi .Otak bergeligat cari makanan.Kawan dah keluar dulu cari bahan masakan untuk buat rendang dan makanan sampingan yang lain.
Focus...focuss...Makanan yang terhasil pada hari ini ialah RENDANG,AGAR-AGAR,KAK BATIK,KUIH MELAKA,NASI EMPET.

#syoknya kat sini apabila Kuih melaka tu salah buat.Hahaha(ketawa sopan) ini adalah kerana bahan utama yang digunakan sangat sangat teramat salah.Tapi sabar banyak-banyak.

Petang-petang cenggini kami pergi round rumah kawan sekitar sekitar ini jak.Ada buat makan makan sikit.

# okayokay.STOP.g solat sat.

24 Oktober 2012

Hey.I am Singa Because of U

kenapa ?

Aisehhhh..assalamualaikum

aku bukan baik nak dikatakan baik.Tapi aku boleh jadi baik kalau kau baik dengan aku.Tak cari masalah.Tak cari salah.duduk diam diam.

Bukan tu pun yang aku nak berceloteh ini.Aku duk fikir pasal aktiviti aku untuk bencana rela nanti.GERAM DEN. Kenapa? alahai,plan dia orang boleh pulak jatuh pada tarikh aku balik kampung! Aku dah la suka program-program macam tu,dah cakap dah kot dengan encik tadi 'saya balik kampung time tu,anjak la' . Nak jugak buat time tu .so redha je. Benda kalau kita macam mana gaya sekalipun tapi kalau dah bukan namanya rezeki kita memang tak lah kan. Jadi aku dengan sebulat suara deangn diri aku 'SABAR JAK AZIAH' mungkin ada aktiviti yang bagus-bagus untuk kau nanti .

Tapi sebelum program itu dijalankan,kami akan dilatih dan di ajar cara-cara untuk sembahyang time darurat gitu,al maklumlah program tu nanti akan dijalankan di sekitar kampung dan akan bermalam di hutan.SURVIVAL la nanti.Dengar encik tadi cerita pon memang dah menarik habis.Tapi last-last aku yang tak dapt join.

Nasib baik lah kan,30 oktober ini ada 1 aktiviti menarik di mana Unimas akan adakan program daki gunung serapi gitu.WOW.. mestilah aku ank join sebabnya yuran murah .rm20 je .Kalau mahal mahal gitu aku pun memang tak lah nak join.Kekangan duit di minggu-minggu getaran ini memang memaksa aku membuat keputusan menggunakan duit itu ke arah yang benar dan diredhai.HAHA...

#okay.time to stop!sesi mencari makanan di bazar sana :)


We Lazy We Crazy

aisehhh..apa nak jadi agaknya dengan aku ini hai.Sikap malas yang mula menular sejak pagi tadi semakin menyusahkan akulah. Dimana pada hari ini aku mempunyai dua kelas,dan yang menggembirakannya kelas TMX dibatalkan dan sedihnya pabila kelas itu digantikan dengan MEETING ADVANCED E ART (tak baik mengeluh). Yang menjadikan aku malas ialah group aku masih lagi 50-50 % . Aisehhh,aku lemah gila bila bab bab membikin video ini.Sem ini pulak menitikberatkan soal THEORY dan CONTENT apa yang bakal kita hasilkan. Jadinya dalam menghasilkan video tersebut perlulah membuat research !

Sekejab lagi aku ada kelas KO Q pulak. Yang ini aku suka tapi aku macam malas sebab di kampus timur.Aku amik subteras bencana rela, dimana dalam kelas ini seorang pensyarah yang cukup low profile telah mengajar kami.Ya Allah,hanya tuhan yang tahu betapa baik hatinya. Cara penuturannya,pakaian dia,semua sederhana. Aku yakinlah teramat sangat kalau korang dengar dia cakap mesti korang nak join kelas kami punyalah.

#ok.takat ini je.nak siap siap .hari ini tumpang orang naik kereta g ke kelas kat timur tu :)


20 Oktober 2012

it was my story

Assalamualaikum..

Bentuk bentuk serta gaya gaya , cara cara pengeposan dalam ini memnag berbentuk personal habis .

alasannya : sebab saya suka ekpress emosi saya dalam ini medium :p

MALAM YANG INDAH

itu merupakan tajuk yang bakal saya bicarakan pada malam ini.

KENAPA ?

sebab :

  •  dapat makan free, dimana makanan ini merupakan duit lebihan beli baju senam tari hari itu (hakikatnya duit kami jugak)
  • terlihat ternampak terpandang budak bertongkat 


nak tahu pasal apa aku admire sangat budak bertongkat tu ? sebabnya dia sorang je bertongkat,then muka dia nampak macam innocent je :) suka tak semestinya cinta . suka tak semestinya boleh dapat . suka tak semestinya nak .


  • dapat bergelak ketawa :) hilang segala duka dan lara 

its okay, jika ada orang berkata tentang kita,kerana kita kan tahu siapa diri kita sikit demi sedikit. its okay jika kita mempunyai rasa suka,kerana itu menunjukkan kita manusia, its okay jika menunjukkan betapa kita suka sesuatu itu dengan cara yang over ,even ada yang tidak suka .

kesimpulan, its okay apa apa sahaja yang kita nak , ataupun apa yang bakal kita lakukan,sekurang kurangnya kita merasa apa yang kita nak .

& its okay apa yang kita sembang merapu kerana ia datang dari dalam :)

TETAPI ,hari ini dan semalam tak sama . PASTIKAN hari ini lebih baik dari semalam , dan lebih baik lagi pada hari mendatang .

GREAT!

me,
zia


I am ....

alhamdulillah dapat pun bukak 'new post'. Aiseh payah gilak nak buka ni, line internet slow ataupun memang tak nak aku taip apa apa kat ruangan ini .

ASSALAMUALAIKUM . ya  habibi ya maulana 

:) gumbira tak terlihat ini. Nasi dah masak and time to eat. Without ricecooker my life have no meaning. CEWAHHHH..kononnye lah.Dewasa ini ricecookerlah penyumbang kepada penjimatan hidup aku di bumi sarawak yang jauh mauh dari sisi keluarga yang dicintai. 
         everyday, aku berbelanja less than RM5. Ini pencapaian yang terhebat dalam hidup.Saudara dan Saudari sekalian, aku bukan nak suruh hampa kesian tau baca post ini :P KEJADIAN SEBEGINI BERLAKU dek kerana sikap boros aku yang menjadi-jadi awal semester. 

P A D A N M U K A K AU J O Y A H !!!!

       Almost 6 week dah start sem baru, Kawalan duit terbocor,sebab tu lah mengalir dengan deras duit duit itu semua.HADIRIN DAN HADIRAT,nak kate menyesal tak boleh,nasi dah jadi bubur.REDHA dan SABAR BANYAK BANYAK.

      LATELY,aku banyak mengalami tekanan diri sendiri,Hal ini berlaku disebabkan masalah yang muncul dari persekitaran.Kecelaruan juga kadang kala muncul akibat daripada terlalu memikirkan 'SIAPA AKU?'. Rupa rupanya banyak lagi persoalan yang belum amampu aku jawab untuk kenal SIAPA AKU. 

     Terdapat beberapa buah buku yang aku pinjam dari CAIS ,iaitu library unimas. Aku akan dapatkan sebanyak mana maklumat sehingga aku tahu SIAPA AKU,then,aku akan kongsikan disini.:) BAIK TAK?

okay.stop! azan dah berkumandang.

04 Oktober 2012

Air Asia , Terbanglah ke destinasiku

Assalamualaikum

kembalinya aku setelah dapat mencari penyelesaian pada muka baru dashboard tu. Setelah lama aku tak mengUPDATE entri entri ini terasa gian pulak nak menaip. Ini entri lepas geram namanya. GERAM PADA SAPA PULAK NI ? aku geram pada abang aku sendiri lah, sebabnya hari tu sebelum balik yo yo OOOO je kate nak spon tiket aku balik melaka tu, SEBAB dia nak kahwinkan, takkan lah aku sebagai adik tak balik pulak, melampaulah macam tu, Nanti kalau aku yang kahwin dia pulak yang tak datang, Adik beradik bukannya ramai mana pun, lebih baik senyap senyap !

Belajar di sarawak je pon, seberang laut, bukannya jauh mana. TAK JAUH ? okay baiklah 1jam 45minit kan ? ish! itu naik belon kalau naik kapal mahunya samapi sebulan baru sampai kampung aku tu. YANG jadi masalah aku sekarang ialah KENAPALAH HARGA TIKET TU MAHAL LA SANGAT KAN ?

haaa, Nak dijadikan ceritalah kan, baru-baru ini kan UNIMAS edarkan kad siswa,then dalam senarai tempat yang dapat diskaun ialah FIREFLY,MAS. Fuyoo..student memang sukalah,sebab dapat diskaun bagai.REZEKI2. tetapilahkan, dekat kuching ni aku dah tak nampak lagi syarikat firefly ni bertapak. 50% kot mereka sediakan untuk sesiapa yang yang beli tiket kat dia. Rugilah kami student unimas yang jarang dapat diskaun yang hebat sampai separuh harga.

Semogalah tiket balik ke KL ade yang murah murah.jimat sikit duit ni ha yang mengalir bagai air yang deras.

18 September 2012

Kepentingan Melawan penting

Assalamualaikum

boleh dikatakan hidup aku sudah mula banyak kerja . Dari pagi sampai kepetang ada sahaja benda yang hendak dilakukan. Tak kira lah yang penting mahupun yang tidak penting. Semuanya akan ku lakukan jika aku rasa aku perlu lakukan. Aku Aziah! Untuk musin ini aku memegang jawatan sebagai:


  1. penolong kelas
  2. penolong setiausaha program seni halus
itu sahaja jawatan yang aku pegang. Hari ini aku telah termiss satu aktiviti kolej yang sanagt aku gemari iaitu Kayak! hari ini merupakan hari pemilihan atlit sukan air untuk mewakili kolej. Tahun lepas aku layak dan dapat tempat ke 2 .Tapi semester ini boleh pulak aku tak datang untuk pemilihan.Sedikit terkilan,bukan aku tak nak pergi,tetapi aku ada komitmen yang lagi penting.Terpaksa jua hamba lepaskan demi yang lebih penting.

Belakangan ini kan aku rasa ,aku sangat kerap cakap pasal 'PENTING' .Ayat penting ni selalu sahaja keluar dari mulut aku,aku kerap memikirkan apa yang penting untuk diri aku dan kejayaan aku,sebab itulah perkataan penting itu selalu terkeluar dari mulut jua status status yang aku update. 

Ya,untuk hari ini jugak aku rasa sangat mengantuk dan sedikit kepenatan yang tidak ada tolok bandingan nya.Eleh macam kerja angkat batu 20 30 kilo je kan aku ini. Mujurlah besok tidak ada kelas,malam ni boleh aku tido sepuas puasnya sehingga lebam!

Setakat ini aku memang tidak puas lagi kemas bilik single aku ini,masih banyak lagi yang aku nak tambah menambah demi kepuasan peribadi aku. Meja study aku ,katil aku,dinding jua akan ku beresin dengan indah sekali ya dong.(sampai orang nak masuk bilik aku nanti,diorang akna terkejut sampai cakap,WOW cantiknya!)

hahaha..aku memang kuat berangan samapi perasan.



14 September 2012

Air deras yang mengalir

hai . 13 september ???? sekejab saje dah lima hari aku di sarawak ni.Setakat lima hari ini dah banayk dah duit aku habis sebabnye ,aishh biasalah kan mula mula semester baru semua tak cukup ,baju baju dah kurang muat ,seluar dah buruk sangat ,semuanya nak ganti baru .Disebabkan itulah jugak mengalirnya duit bagai air yang deras.Untuk lima hari ini sahaja dah lebih lima kali jugak aku keluar pergi cari barang ini,ergi cari barang itu.Fulamak ai...dengan riang gembira pergi ATM cucuk duit.Duit kerja sebulan setengah plus duit ptptn pun mulalah susut.

Al kisah pendeknya start minggu kedua ini ,pasang niat kuatkan semangat untuk tidak selalu dan kerap keluar jalan jalan.Maaflah kawan kawan aku bukan tak nak keluar bagai tapi aku terpaksa berjimat sedikit untuk masa hadapanku lah.Nanti time seteres seteres kita keluar lah ye.

Sem ni aku dapat bilik single mingle. NO couple couple is trouble.No triple tpiple sesakkan otak aku je! SINGLE wey ..idaman kalbu sejak dari semester satu lagi tau .Termaktublah dalam perlembagaan kolej cempaka cemerlang dan gemilang ini bagi aku stay bilik single.Teramat suka hati lah aku sebab idaman kalbu aku dimakbulkan.Yang meyedihkan aku pulak yuran untuk bilik single ni mahal la rm500++ macam tu lah lebih kurang.Bila first time aku dengar .'Alah bukan rm500++ la wey,murah lagi aku rase,takkan semahal tu kot' .Tup tup bila aku tanya senior atas dia kata betula lah tu yurannya macam tu.Di saat itu aku pun cakap dalam hati 'ah,telokop lagi duit aku macam ni' hahaha ..

Tapi tidak megapalah jajnji aku dapat stay kolej lagi semester ini .

Hah,cakap cakap pasal bilik single aku ni lah kan , aku nak menghiasnya seindah yang mungkin,supaya bila aku masuk je bilik ni ,aku tak nak keluar keluar lagi dah.hahaha.melampaulah macam tu kan .Aku nak bagi keselesaan pada diri aku untuk musim ni ,nanti boleh belajar dengan tenagn without gangguan ,pastu dapat naikkan pointer.

Eh,sembang sembang pasal koej le pulakkan,sem ni kawan kawan aku ada yang tinggal luar,disebabkan itu aku dapat merasa lah yang aktiviti bersama kitaorang akan berkurangan ,dan aktiviti itu akan wujud kalau kami merancang untuk berHoliday bersama.Target sem ni nak jalan ke DAMAI,tak pun pergi MATANG. eh..tempat tempat ni tujuannye bukan apalah,Untuk mandi manda .

dah lah dah lah ,lain kali pulak aku berceloteh ,banyak benda aku nak cerita tapi korang bukan nak baca pon kan .hee.tak berharap pon

cuti sudah habis !

Hari ini hari jumaat :) teringin pulak nak menaip lepas cakap ngan awak sya.

Dua bulan cuti ,dah pun tamat . Balik unimas balik dengan semangat yang membare demi menggapai cita-cita.Sepanjang cuti ini banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup ini ,itu semua dijadikan sebagai pengalaman dan teladan je untuk masa akan datang .

Dua hari sebelum aku balik ke u , aku dikhabarkan dengan berita yang menyayat hati NENEK aku telah meninggalkan dunia buat selama lamanya.Aku mengaku yang aku ini tak berapa rapat dengan nenek aku yang tu ,mungkin disebabkan aku tidak dibelanya masa kecik kecik dulu .Tapi aku merasa kehilangan nenek yang tak kan ada di hadapan mata aku ini . Aku hanya mampu sedekahkan bacaan suci Al quran sahaja pada arwah .

Bila cakap pasal kematian ini ,aku merasa sangat takut untuk merasai KEHILANGAN , lagi lagi mereka mereka yang aku sayang , pilu benar hati . Aku takut untuk jalani hari hari kehilangan orang yang aku sayang .

______________________________________________________________________________

aku balik unimas dengan perasaan berkobar kobar ,sebab sem ini aku nak ubah result aku tu ,dah tersedar dari lamunan dah yang duduk dekat u ni tak boleh suka suka nak goyang kaki , kalau tidak nanti boleh dikatakan kena makan kaki lah . Aku rasa berdebar untuk belajar seramik kreatif dan hybrid sebab aku takot . Semoga aku dapat jalani kehidupan sem ni dengan cemerlang dan bahagia di samping kawan kawan yang tersayang :)

______________________________________________________________________________

banyak benda nak taip .tetapi kurang daya dan mood .


27 Ogos 2012

Bosan Berfikir

Asslamualaikum .

hariini hari isnin , bermulalah persekolahan budak budak yang masih sekolah kan. Dan bermulalah aktiviti aku duduk rumah seorang diri dengan bertemankan peralatan peralatan rumah yang tidak bernyawa itu ,maka dengan itu aku istiharkan ini adalah minggu yang bosan .

Bila aku sebut perkataan bosan depan mak aku ,dengan pantasnya mak aku marah ,katanya jangan sebut perkataan itu , katanya lagi kalau kita sebut perkataan itu nanti Allah bagi kita betul betul apa yang kita cakap tu .jadi aku putuskan untuk mencari satu aktiviti yang akan membuatkan hidupku tidak bosan .apakah itu ? ya aku dah tahu iaitu Membaca Novel .

Tapi bukan novel hak milik dan kepunyaan aku ,tapi ia hak milik kawan aku iaitu Syuhada . Untunglah dapat kawan yang rajin membeli novel ini ,nasib baik dia tidak kedekut dapat lah aku merasa pinjam novel beliau . Jadi disini ada tiga buah novel .

Lagi satu yang aku nak bercerita di sini ialah tentang adik aku yang last sekali tu iaitu acad . Asyik kena marah je ,mesti die dah tension gila duduk rumah ,untuk pengetahuan semua umur dia baru je menginjak ke angka 9 .Jadinya perangai pun tak semenggaah lagi , nakal semcam ,dapat pulak akak yang macam aku ini ha .habislah dia .tak sekepala pulak tu ,apa yang berada di fikiran dia pun aku tak tahu dan aku tak faham .

aku dah nasihatkan emak aku supaya hantar je adik aku di sekolah arsama ,memang lah agak kejam perbuatan dan cadangan aku ini ,tapi aku nak yang terbaik untuk dia ,aku tak nak dia bercampur dengan orang yang tak betul sangat kat kampung ni . aku nak pelajaran dia sempurna ,dan berkawan dengan orang yang berguna .aku tak nak rosakkan masa depan dia .

cadangan aku ni ditolak mentah mentah alasannya , nanti parent aku tu kesunyian . Al maklumlah along aku bekerja di kuala lumpur ,aku pulak belajar di sarawak .adik aku tu spm tahun ni dan tahun depan ke PLKN , Jadi nanti mak dan ayah aku kebosanan tahap dewa pulak tak de anak yang temankan mereka di kampung .

jadi di sini aku ingin menyatakan yang aku sayang adik aku sangat sangat ...

20 Ogos 2012

RAYA aku

Assalamualaikum..

selamat hari raya kepada semua umat islam dimuka bumi ini :) hari ni hari raya yang kedua . Dan kali inilah hari yang rajin untuk aku mengupdate blog aku yang dah macam sarang apa tah gaknye . Sempena raya aku yang ke-21 ini aku merasakan agak biase biase sahaja lah ,kerana kau dah besar kot . Bagi persiapan raya ini aku tidak terlalu begitu eksaited sangat membeli itu ini , kasut raya pun aku guna yang tahun lepas punya . Wah lama bertahankan kasut raya aku tu .

Baju raya ?

ini baju raya aku . OH lupa lah pulak ,aku yang bertudung kuning tu . :) sorang adik aku takde dalam gambar ini , sebab mase ini dia merajuk sakan . Malas nak layan kami kami je yang bergambar kenangan .
Baju raya aku tahun ni mak aku yang belikan . sehari sebelum raya baru aku dapat tengok baju ni .

Okay okay ,aku malas nak bercerita panjang . nanti bosan lah pulak . Sepanjang perayaan aku ini aku jumpa macam mcam ragam , aku dengar pelbagai cerita , banyaknya aku baru tau . Yang tersimpan pun banyak yang terbongkar lah ,uhuuu seronoknya aku , bukan aku nak menyibu dengar tapi dah alang alang depan mata orang bercerita kau dengar sekalilah . 

korang punya raya macam mana ? 

14 Ogos 2012

Confius

assalamualaikum

salam ramadhan lagi .
aku benci denagan situasi macam ni. berjumpa dengan manusia yang panas baran dan cepat aje nak melenting membuatkan aku tak dapat nak bertahan dengan lebih lama . kau faham tak apa yang aku cakap ni . aku dah malas nak cerita tentang apa apa perasaan aku pada orang sekeliling aku mahupun kawan kawan  aku . aku dah malas aku taot aku ni dicop 'budak bermasalah' .
pantang aku buat salah sikit , pantang aku tak dengar cakpa dia sikit dah dia nak marah marah . aku boleh je tahan , tapi kalau dah sampai satu tahap ni dimana hati aku pon tak boleh makan apa yang dia cakap tu pon payah jugakkan .

aku kan manusia biasa yang akan terasa . cukuplah aku nak balik kampung besok . cukup dengan dugaan perasaan yang aku terima hidup di tempa orang ini . aku dah tak sabar sabar nak mulakan semester baru di unimas . Aku nak belajar lagi sungguh sungguh sem ini , aku nak dapat keputusan yang membanggakan . aku tak nak lah dipandang hina dengan orang yang berduit .

bukan semua orang yang berduit mampu berbuat apa yang dia suka ! aku tak nak di ejek mahupon direndahkan walaupon sememangna aku ni rendah orangnye .


11 Ogos 2012

Pengenalan kepada Seni Elektronik


yok tonton sama sama . ini merupakan video aku and group untuk kelas pengenalan kepada seni elektronik . kaedah stop motion .kalau seingat aku untuk video ini kami menggunakan 1105 keping gambar . kirenye lebih kurang macam tu lah .

01 Ogos 2012

Final project 4 video technology

ini merupakan esaimen aku untuk subjek video :)


aku tergelak balik semula bila tengok balik video ini .
tak sangka itu aku ..

cuba teka mana aku?

25 Julai 2012

cuti betul betul di manfaatkan

duduknya aku di sini memang agak mewah juak lah agaknya , untuk hari ini aku berbuka di nandos . fulamak ,siyes tu bukan selera aku , tapi aku follow je tunang along aku belanja , secara keseluruhannya agak sedap kalau tidak di campurkan dengan sosnya yang rasa tak sedap :) 
aku orang kampungkan jadinye tak biasa sangat makan benda mahal2 ni kecuali kfc ,mcd tu .hee~ 
hah ,sebelum bukak puase tu jalan jalan sat ,


dapatlah sehelai baju . suka sangat sebabnya cuti sem ni aku tak bawak balik banyak baju pon , 

whateveritis aku happy go luckycuti sem ni

19 Julai 2012

entri kelam kabut


hari ini emosi aku sedikit terganggu lah .boleh dikatakan stress .yela buat kerja banyak yang salah hah . lambat pick up loh ! ada je yang aku nak tanya kat akak tu , mesti dia fedup ! dapat budak baru cam ni . 

aku rasa macam nak berenti je . nasib baik lah aku ni berhajat nak beli laptop kan . jadi terpaksa cekalkan hati untuk menunggu lagi 40 lebih hari lagi . sabar wahai diri , sabar sabar ...

lagi satu yang buat aku stress jerawat kat muka aku ni macam lagi teruk je ! entah bila agkanya nak baik tah .. 
xde pantang makan ! ni lah masalah aku . aku belasah je keje lau hadap makanan ni .

dah lah .. dah la ...........

18 Julai 2012

apa yang aku dapat

hari ini ? ohoo .. aku kerja macam biasa , dan aku ingatkan aku ganti tempat kak wani tu dua hari je .rupe rupenye aku masih kena buat kerja yang sama sampai hari hari . hahah . padan lah muka kau ! 


nak tau apa kerja aku ? : dok emnghadap pc dok buat invoice lah ,purchase returnlah . sale . stock .... ayoooo,so many thing kena ingat lah kawan oi . terpaksa menyediakan satu buku khas untuk buat catitan untuk kepala yang mudah ingat ini . 


lagi satu yang paling best , even aku tak dapat borak or gayut hari hari , aku dapat borak or gayot dengan orang dari outlet outlet , macam macam kerenah diorang ni lah . nak cepat lah nak ini lah nak itu lah , dia pikir aku ni robot yang mak bapak dia buat agaknye . 


tang diorang bercakap pulak kejab kuat kejab perlahan , yang macam terjerit pon ada ! hai . saya ni masih tidak pekak lagi tau . 


yang paling tak tahan aku kena buat kerja tu semua kat tempat department lain . kirenya macam menumpang lah , sebab depertment aku tu tak cukup space nak letak aku ni . HR ni bila agaknya nak bawak masuk orang baru . susahlah buat kerja . macam tak cukup tangan je . 


eh , haa . ada lagi satu cerita aku nak share . dua hari yang lepas kalau tak silap aku lah , maid bos bergaduh . yang buat aku gelak gelak : sorang ni MAID INDON sorang lagi MAID CHINA . yang maid cina ni memang tak reti cakap MELAYU au . die cuma pandai cakap perkataan 'TAK PAHAM' je .


babak yang paling menakutkan mase maid indon tu bawak pisau ke parang tah nak tikam si maid cina tu . keadaan ditenangkan oleh WIFE BOS YANG 1ST .

tulah ,seronok jugak dapat kerja ni .dapat kumpul pengalaman :)

16 Julai 2012

Pengalaman Untuk Musim Kerja Aku

بسسم الله الرحمن الرهيم
اسلام عليكم


hai geng . wassuppp ~:) semoga hari hari korang tenang dan bahagia selalu .
aku si penCUTI semester ni ampang main pemalas lagi nak mengUPDATE belog aku ini ha . bukan payah sangat pon kan . banyak je bende yang nak diceritakan tetapi tahap kerajian untuk melayari facebook lagi tinggi daripada melayani belog telah membuatkan aku say gud bye to BLOG . kurang ayu je kan bunyi nye ni . 


setakat hari ini ya . sudah enam belas hari ataupun dalam angkanya 16 aku bekerja sebagai seorang BUDAK STORE . kerja aku daripada menampal nampal barcode sehinggalah la ni aku gayot gayot ( telepon telepon outlet) untuk cari stok . 


untuk pengetahuan korang , aku dah kantoi dah adik kepada HR . ah , biarkan jela , yang penting aku buat kerja aku sebagai BUDAK STORE yang bercita cita ingin bekerja selama dua bulan dengan bersungguh sungguh seterusnya mendapat gaji yang lumayan .


sesungguhnya hari ini aku tersanagtlah pening , kerana ya . akak yang jadi kerani store ni tak datang . GASTRIK katenye . okay . pepagi tu aku pun menjelmakan diri ke dalam bilik ketua aku lalu meminta tolongnya untuk MEMUNCARDKAN aku ,kerana ya aku tidak paham kenapa la kad tu menolak kalau aku masukkan ke dalam mesin tu . Lantas denagn kehadiran ketua aku tu menerangkan aku selama 10 saat bagaimana kad itu boleh berfungsi dengan jayanya . 


DAN , aku rasa masa berjalan dengan cepat sekali hari ini , kerana aku sibuk dari pagi sehinggalah ke petang menelepon orang tak sudah sudah . macam macam kerenah oulet ni . JENAMA spek mate pun macam macam . adoi naik pening kepala aku nak paham orang tu cakap . OAKLEY la ,PORCSHE la .. aduhai . aku orang kampung je mane la nak pakai spek mate jename jename ni . bace pun kurag mane la nak tahu sangat makcik oi ..


seriously , aku suka la dengan hidup aku ini . banyak memberi aku pengalaman bekerja yang pelbagai . yang tukang pelayan kedai makan lah , kerja kilanglah , kerja kedai topup lah , hohoiii ..


impian : duit gaji nak beli laptop 1 . semoga tercapai hasrat aku yang satu ini .

08 Julai 2012

adik aku yang semakin membesar







yang dekat atas ni sume adik lelaki aku .
beza umur dia dengan aku 21-9= ? .
jauhkan ?

inilah saje tempat aku usik usik ,tetapi semakin dia membesar semakin xbest la kan ,sebabnye dia tak macam baby baby gitu . 

dia ? kaki bola ! mase ni ada perlawanan persahabatan . adik aku ni join satu kelab bola . apa nama kelab dia tah . lupa aku . 


mase ni jugak dia bangge gila sebab dia dapat jaringkan dua gol ,even dah bape kali dia tak datang time latihan .haha .. 

Hasil kerja yang terakhir untuk Musim 2

اسلام عليكم.............


setelah berakhirnya semester dua 2minggu yang lepas , baru hari ini aku sempat nak mengupdate pasal projek akhir aku . Alhamdulillah ,bersyukur sangat sebab aku dapat menyiapkan tugasan projek akhir dengan jayanya walaupon tak terpilih masuk galeri . selemun itu mari tengok hasil kerja aku dulu okeyyy










yoo ... kat atas ni lah projek akhir aku untuk kelas PENGENALAN SERAMIK . untuk kelas ini aku telah mempelajari 3 jenis teknik dalam menghasilkan artwork , teknik PINCHING , COILING , dan SLABBING . okay untuk projek akhir ni lecturer telah menyuruh menghasikan kerja dengan meniru artwork artist luar negara dan menghasilkannya menggunakan teknik yang kita mahu .(terpulang) .Aku telah memilih emily myers .


secara jujurnya projek yang last ni lah aku lakukan dengan paling baik . Untuk projek2 sebelum ini aku HANCUSSS !! jadinya untuk menebus segala kesilapan lalu aku telah berazam membuat last projek untuk sem ni dengan cemerlang .Alhamdulillah .. aku puas hati :)

02 Julai 2012

hari pertama bekerja

yang seronok tentang hari pertama bekerja .


ini merupakan pengalaman ke empat aku (kalau tak silaplah) bekerja . bermula dari lepasan spm , stpm sehingga ke unimas. aku bekerja untuk duit + pengalaman + ilmu .  bercerita tentang hari ini  2 julai 2012 . aku bekerja sebagi seorang pekerja stor . lebih kurang macam itulah . 


sebelum itu . aku bekerja di kuala lumpur. . aku stay rumah bakal isteri abang aku . 


baiklah aku memulakan kerja 930 pagi dan berakhir pada 700malam .. 


amatlah beruntung sekali kerana aku dapat rakan kerja yang manis dengan senyuman dan baik baik belaka . syukur sekali lah . 


wey ..aku kerja kat kedai spek mate tau .


hari ini aku belajar banyak benda ,antaranya :




  • belajar dari bawah amatlah penting !(supaya bila kita diatas tidaklah kita bersuara seorang diri tanpa mempedulikan golongan bawahan)
  • kena pandai membawa diri(ini kate2 seorang pekerja indon pada aku .dia dah berumur 47tahun,7 orang anak)
  • jangan tunjukkan kepandaian bila pertama kali berjumpa dengan orang .(maksudnya ,rendahkan diri anda ya)
hari ini aku melakukan dua pembohongan pada mereka kerana ku tak mahu mereka tahu siapa aku sekarang .eh eh eh .aku bukan anak raja ,aku bukan anak tengku mahupun datuk dan datin ye . aku cakap begini sebab aku tak megaku yang aku sedang belajar lagi ,aku tak mengaku yang dalam pejabat tu abang aku. aku nak jadi budak biasa yang baru nak belajar tentang dunia .

walaupun cuti semester ni 2bulan lebih . tetapi aku tak dapat hadap muka mak ayah aku hari hari . impian aku yang nak memiliki komputer riba perlu ditunaikan oleh diri sendiri . bekerja! 
doakan aku dapat laptop 1 ye wahai rakan rakan .

alone to my kampung

assalamualaikum


salam sejahtera 


dah lama sepatotnye cerita pasal ini ..
hee...pengalaman pertama menaiki bus seorang diri dari KL ke MELAKA .MELAKA KE KAMPUNG HALAMAN
ya aku memang macam katak bawah tempurung sedikit . umur 20 an inilah aku mahu belajar macam macam yang aku nak belajar .yang terpenting sekali ialah berdikari .


pengalaman ilmu yang aku sedang kumpulkan sekarang , supaya aku mudah mengenali diri dan kehidupan yang sebenarnya . 







25 Jun 2012

فوس يع بوريع

اسلام عليكم


اين فوس ساج ساج نق معوجي تاهف توليسن جاوي اكو ....


سكارع ني سدع مليهة عين مستوره بواة دراويع.....


assalamualaikum


ini post saja saja nak menguji tahap tulisan jawi aku....
sekarang ni sedang melihat ain' masthurah buat drawing ....


سبنر بنز ..سدع بوسن ساعة ني تاو ....


اكو ساعة سوكا مريفيق لأ......



ini member gila saya ..

My turn

assalamualaikum .


hai kawan kawan . sesungguhnya sudah (25jun - 22jun = 3hari) aku tamat dari peperiksaan akhir :) Jadilah bolehlah aku bersuka riang gembira. Benda yang lebih indah ialah aku tidak perlu memikirkan tentang projek akhir kerana semuanya telah disemak dan dicatit markah , tinggal lagi untuk tahu keputusan je ni . 



see ? kekalutan pada muka masing masing .

sebahagian dari sahabar sahabat aku . yang lain sudah masuk tido na . jadi kami kami yang tinggal ni je yang bergambar bagai nak gila . Menanti detik kepulangan ke kampung sangat menyeksakan . dimana menghitung jari jemari dari hari ke hari . menghantar sahabat sahabat ke airport , sambil melambai lambai kesedihan kerana masih lagi di tempat orang . 

tidak megapa wahai teman teman sekalian ,sesungguhnya hari ini merupakan hari kejadian ,(la sangatkan) . Hari ini turn aku pulak untuk balik ke kampung halaman ku yang tercinta setelah berbulan bulan meninggalkannya . 




17 Jun 2012

Segmen Blogwalking dan Follow | Nody Yana


nak join sik ?

segmen ni tutup pada 30 jun .



16 Jun 2012

mood : Lelah STUDY

assalamualaikum
:)


ini bukan malam lagi tetapi dah pagi dah kan ? ramai lagi tak tidur la ni . nak nak pelajar yang ngah exam .  lagi le tak tidur malam menghadap buku,nota nota dan sebagainya . Esok aku ade exam asas keusahawan dalam seni . Nota dia bapak banayk gila , ade ke patot masuk dari topik 1 sampai 10 . lagi lagi orang yang macam aku yang baru nak study ni kan , lagi lah gelabah bagai nak gila . segelabah mane pun tetapi masih dan sempat mengupdate blog . 


kepagian yang mengasyikkan ini aku STUDY reramai dengan sahabat sahabat aku bilik yang dipanggil 'bilik 24 cempaka' . Ini baru 1st paper kami kumpul same , kalau sem lepas hampir setiap paper kami belajar same same . seronok seronok :) . lagi satu time ni teringat pulak pasal abg yem .. korang nak tau apa yang di amksudkan denagn abg yem dak ? jab ek ...


lau nak tau meh usha ni : KLIK SINI


hahaha . kirenya kalau semester lepas hampir sitiap malam kami lepak bilik 24 jam ni . time nih la hubungan kami semua makin rapat kan . 


dah la korang . aku nak sambung study sat ha .....


besok pukul 230pm dah start exam .. wish me luck yoo ...

15 Jun 2012

Muke Cool Tapi Hati BEnjol

assalamualaikum


dengan bangga dan suka hati nya aku , eh bukan aku tapi kolej cempaka yang ku cintai keluarkan senarai jaya untuk kolej sem depan : aku punya nama tak de mean ? aku tak layak la ni ek? hahahaha


begini la nasib diriku yang beruntung ................


tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mane ? 


harapan aku yang tinggi menggunung ni sabtu ahad ni aku nak buat surat rayuan yang mantap agar pihak kolej menerima kehadiranku lagi di CEMPAKA aum aum aum ni .. 


sebab tak nak duduk luar ? 



  1. jauh perjalanan menuju ke bengkel seramik(susah nak buat kerja nanti)
  2. tak suka tunggu bus
  3. leceh bila hari hujan
  4. jadual perlu diawalkan 
  5. kena bayar duit sewa setiap bulan
  6. susah
  7. susah
  8. susah
  9. tak suka
  10. leceh
nampak tak ? kadang kadang rasa macam best duduk luar tapi bila difikirkan dengan tuntas dan bernasnya ,dan kata sepakat pun telah diambil memang sangat tak best duduk jauh . 

pesanan dari pihak penaja : rajin rajinlah membuat aktiviti kolej ni , jangan malas malas .nak sesuatu kena korbban sesuatu . zia ros ambillah iktibar dari setiap yang dah terjadi pada diri kau ye . wahai encik blog peneman pencatit setiaku ...hahaha .. 

sedang sedang aku taip ni dapat lah mesej dari seorang sahabatku yang bagi kata kata semangat lagi ha .. :) jangan risaulah ziaros kuat cuma perlu dengar kata kata semnagt lebih agar menjadi lebih tabah menerima segala keputusan.

bak kata kata ini pun 
    

be strong , dont worry if you failed plan A theres 25 alphabets more.
mean ? aku kena buat surat rayuan cepat cepat .. agar aku mendapat tempat ..

14 Jun 2012

Techno SERAM

assalamualaikum ..

ternyata exam technology seramik tadi sangat menggerunkan aku . seram sejuk ank tahu keputusannya nanti . berapakah agaknya ?

lepas je exam tadi aku terus membuka nota untuk melihat jawapan . entah betul entah salah yang aku jawab tadi .haha . kemudian turun tangga sampai ke level LG untuk meneruskan projek akhir yg hampir siap dah. dengan GLAZE yang belum dicampur lagi .


gambar ni saje je .. heee.
ni bukti sayangkan TAP


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI